• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jho Low Pernah Cuba Menghubungi Saya – Daim

oleh Ahmad Albab
06/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tun Daim Zainuddin hari ini mendedahkan jutawan kontroversi, Low Taek Jho atau Jho Low pernah cuba untuk menghubunginya beberapa kali bagi membantu menyelesaikan isu berkaitan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) itu berkata Jho Low pernah menelefonnya termasuk sebelum beliau ke China pada Julai lepas.

“Bila Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad nak hantar saya ke China, Jho Low ada berhubung, dia nak bercakap dengan saya tetapi saya tak mahu, dia ada telefon tetapi saya suruh beliau bercakap dengan wakil saya.

Dia (Jho Low) kata dia boleh tolong (dalam hal berkaitan 1MDB), (tetapi) sebelum ini saya dah kata dalam sidang media pertama bersama Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), jika dia tak salah baliklah, malam itu pun dia telefon saya,” katanya dalam temu bual eksklusif Soal Rakyat yang disiarkan di TV3 malam tadi.

Rancangan yang bersiaran selama sejam itu dikendalikan Tan Sri Johan Jaafar dan Mustapha Kamil Mohd Janor sebagai moderator.

Daim berkata sejak Kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih pemerintahan negara, mereka yang terlibat dalam skandal 1MDB sanggup menjadi saksi untuk menyatakan apa yang sebenarnya berlaku.

“Sekarang belum habis kita siasat ni, tiap-tiap hari kita dapat bukti baharu, yang mengejutkan. Jho Low terlibat (untuk) kait dengan Abu Dhabi, kait dengan (Arab) Saudi, Amerika , Australia, Hong Kong, Singapura, Switzerland.

“Satu dunia tahu, CNN, BBC, media China tahu, Afrika pun tahu. Tetapi sini dalam Parlimen pun tak boleh cakap, tiada ketelusan, apa guna nak tipu nanti tahu juga, nak tutup dengan harapan kalau depa (Barisan Nasional) menang (Pilihan Raya Umum ke-14) dapat tutup,” katanya.

Sementara itu, menjawab soalan sama ada beliau berkonspirasi untuk menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti yang didakwa sesetengah pihak, Daim berkata: “Saya dah tua, tak ada parti pun… UMNO buang saya, kita tak terlibat dengan parti orang, orang tak tahu bahawa saya dengan Anwar dah berkawan lama.”

Daim melahirkan keyakinan bahawa Anwar akan mengambil alih tampuk pemerintahan seperti yang dirancang.

“Beliau (Anwar) ada kekuatan tersendiri… golongan yang tidak berpuas hati ini hanya mencari modal seperti mencipta cerita konon wujudnya konspirasi dan mencari pengaruh menggunakan isu tersebut (kononnya ada usaha untuk menjatuhkan Anwar),” katanya. – BERNAMA

Tags: Jho LowTun Daim Zainuddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Terus Kerjasama Agensi Antarabangsa Bawa Pulang Jho Low – Bukit Aman

Malaysia Terus Kerjasama Agensi Antarabangsa Bawa Pulang Jho Low – Bukit Aman

08/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Malaysia terus komited bekerjasama dengan agensi antarabangsa untuk membawa pulang ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau...

Dakwaan Jho Low Menetap Di Shanghai, PM Minta KDN Buat Semakan

Dakwaan Jho Low Menetap Di Shanghai, PM Minta KDN Buat Semakan

19/07/2025
0

Bayan Lepas: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia belum menerima maklumat mengenai Low Taek Jho atau Jho Low yang dilaporkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd