• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jeruk Limau Ada Plumbum Tidak Diimport

oleh
29/09/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jeruk kulit limau keluaran Jiabao Jiuzhi Chenpi dari China yang dikesan mengandungi plumbum tidak diimport ke Malaysia, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata Kementerian Kesihatan menerusi data diperolehi dari Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia (Food Safety Information System of Malaysia – FoSIM) dari tahun 2017 sehingga kini mendapati jeruk berkenaan tidak dibawa masuk ke Malaysia.

“Walaubagaimanapun, sebagai langkah berjaga-jaga kementerian melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) telah meningkatkan pemantauan ke atas semua jenis jeruk buah kering termasuklah jeruk kulit limau yang diimport dari negara China di semua pintu masuk negara.

“Sekiranya didapati tidak mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan di bawahnya, tindakan penguatkuasaan akan diambil,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan media 26 Sept bertajuk ‘Kulit limau jeruk dikesan ada kandungan plumbum’, ia melaporkan bahawa kulit limau jeruk keluaran Jiabao Jiuzhi Chenpi dari China yang popular di beberapa negara termasuk Malaysia dan Singapura dikesan dicemari plumbum oleh pihak berkuasa negara China.

Noor Hisham berkata pengguna yang mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, pengguna boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq. – BERNAMA

Tags: jeruk limau
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd