• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JBPM Raih 11 Emas Pada Kejohanan Sukan Bomba Dunia

oleh
16/09/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Kontinjen Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakar kejayaan cemerlang apabila meraih kedudukan ketiga secara keseluruhan setakat ini dengan 11 pingat emas, tiga perak dan tiga gangsa pada Kejohanan Sukan Bomba Dunia 2018 Chungju, Korea Selatan.

Kejayaan itu mengatasi sasaran awal JBPM iaitu lima emas, sekali gus mencatatkan pencapaian paling cemerlang sejak kontinjen negara menyertai kejohanan dwitahunan itu pada 2004.

Ketua Kontinjen Hamdan Ali berkata Malaysia telah menyertai lima acara iaitu badminton, tenpin boling, bina badan, golf dan dart yang diwakili 31 pegawai JBPM.

“Bagi saya kejayaan ini terhasil daripada latihan insentif yang dijalani, tambahan pula JBPM baharu sahaja mengadakan Sukan Bomba Malaysia sebelum berlepas ke Korea Selatan,” katanya ketika ditemui sebaik tiba di tanah air di sini hari ini.

Ketua Pengarah JBPM Mohammad Hamdan Wahid berkata kejayaan pada kejohanan yang turut disertai anggota bomba dari lebih 60 negara itu adalah hasil kesungguhan anggota kontinjen dalam usaha mengharumkan nama negara.

“Walaupun kita menghantar jumlah kontinjen yang kecil tetapi kita telah menduduki ranking ketiga di belakang Hong Kong dan Korea Selatan setakat ini,”katanya.

Pada kejohanan yang bermula 10 hingga 17 Sept itu, acara badminton membawa pulang empat emas menerusi Mohd Mursidi Nazri (perseorangan lelaki terbuka), Mustafa Abdul Hadi (perseorangan lelaki senior), Syed Hussin Syed Mustafa (perseorangan lelaki master) serta kategori beregu lelaki grand master diwakili A’azelan Hassan dan Zainal Abidin Nong Chik.

Selain itu, dua pingat emas diperoleh dalam acara sukan bina badan menerusi Rosliee Suyut dalam kategori 70kg-80 kg manakala Ezam Aziery Mamat pula kategori 80kg-90 kg.

Seterusnya JPBM meraih emas bagi acara tenpin boling menerusi Syuhada Mohd Sayuthi bagi acara individu wanita serta acara double terbuka oleh Tilmizi Mustafa dan Mustafa Ismail.

Tiga lagi emas dicatatkan dalam acara dart menerusi Mohd Nasir Jantan (perseorangan lelaki), Haliza Ismail (perseorangan wanita), serta gabungan kedua-dua pemain dalam acara beregu campuran. – BERNAMA

Tags: Bomba
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

05/05/2026
0

PETALING JAYA – Tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berjaya menyelamatkan seorang wanita yang mengalami insiden jari tersepit...

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

31/01/2026
0

ALOR GAJAH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka membantu menghantar seorang lelaki obes seberat 350 kilogram ke Hospital Alor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd