• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Menipu, Gol Saya Lebih Baik – Ronaldo

oleh Ahmad Albab
30/09/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MILAN – Cristiano Ronaldo percaya sepakan guntingnya ketika meledak gol bersama Real Madrid menentang Juventus musim lalu lebih berkualiti berbanding jaringan Mohamed Salah yang memenangi anugerah Puskas 2018.

“Salah layak menang anugerah Puskas, ia adalah gol yang baik. Tetapi baik kita bersikap jujur, jangan menipu diri sendiri, gol saya adalah lebih baik,” kata Ronaldo kepada 142 juta pengikutnya di Instagram.

Selain anugerah Gol Terbaik Puskas, bintang Portugal berusia 33 tahun itu turut tewas kepada bekas rakan sepasukannya di Real, Luka Modric bagi anugerah Pemain Terbaik Dunia Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Salah memenangi anugerah berkenaan menerusi jaringan lencongnya ketika Liverpool menewaskan Everton dalam aksi Liga Perdana Inggeris Disember lalu.

“Saya tidak kecewa, kehidupan memang seperti itu, kadang kala kamu menang dan kadang kala kalah, apa yang menarik perhatian saya ialah sepanjang 15 tahun dalam bola sepak saya dapat mengekalkan prestasi yang sama,” kata Ronaldo.

“Anugerah adalah anugerah… Banyak yang sudah saya menangani. Saya bermain untuk menang dan bukan untuk anugerah.”

Begitupun, komen Ronaldo yang kini beraksi bersama Juventus itu hadir lima hari selepas anugerah berkenaan berlangsung di London dan ironinya, dia tidak menghadiri majlis berkenaan.

“Tahniah kepada semua orang, kepada Modric, pemain terbaik dunia menurut FIFA.”

Ronaldo meledak gol akrobatik berkenaan pada aksi suku akhir Liga Juara-Juara menentang Juventus dan kemudian menyertai kelab gergasi Itali itu sebulan kemudian. – AFP/BH ONLINE

Tags: Cristiano RonaldoMohamed Salah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

RSN Rayer Ucap Terima Kasih Kepada Mohamed Salah “You’ll Never Walk Alone”

RSN Rayer Ucap Terima Kasih Kepada Mohamed Salah “You’ll Never Walk Alone”

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menzahirkan penghargaan terhadap bintang bola sepak dunia, Mohamed Salah susulan perkembangan terkini...

Salah Diserang Di Liberia, Terpaksa Dilindungi Tentera

Salah Diserang Di Liberia, Terpaksa Dilindungi Tentera

20/11/2023
0

MONROVIA, Liberia: Mohamed Salah terpaksa dilindungi oleh tentera daripada penyokong ketika kemenangan Mesir ke atas Sierra Leone. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd