• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jamal Kena Dakwa Lagi

oleh Cj Mnh
13/09/2018
dalam Jenayah, Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI BESAR – Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan di Mahkamah Majistret Sungai Besar, di sini.

Pengakuan itu dibuat Jamal, 48, selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Majistret Mohd Azali Ibrahim.

Bagi pertuduhan pertama, Jamal didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Pua Jun Jie, 19, di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Parit 7 Sungai Leman, Sekinchan, jam 3.15 petang, pada 9 Mei lalu.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Jamal kemudian mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan membuang pita pelekat sitaan dan menanggalkan notis perintah penutupan yang dipasang Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) pada jam 3 petang, 23 Disember 2016, di Sekinchan Fisherman Village Hotel and Resort, Jalan Pantai Redang, Sekinchan.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 43 Undang-Undang Kecil MDSB, yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya selain boleh dikenakan denda yang tidak melebihi RM200 bagi setiap hari jika kesalahan berterusan.

Mohd Azli kemudian membenarkan jaminan terhadap tertuduh sebanyak RM1,800 untuk pertuduhan mendatangkan kecederaan serta menetapkan sebutan semula kes pada 25 Oktober ini.

Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Saphirra Selamat, manakala Jamal diwakili tiga peguam, Datuk Mohd Imran Tamrin; Datuk Sulaiman Ismail dan Muhammad Nor Tamrin. – BH Online

Tags: Datuk Jamal Md YunosDidakwa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Inspektor Sheila Didakwa Lagi Atas Tuduhan Halang Tugas Anggota Polis

Inspektor Sheila Didakwa Lagi Atas Tuduhan Halang Tugas Anggota Polis

12/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Pegawai polis dikenali 'Inspektor Sheila' didakwa lagi di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menghalang tugas...

Pukau, Curi Wang Pelancong, 5 Warga Iran Didakwa Di Pulau Pinang Esok

Pukau, Curi Wang Pelancong, 5 Warga Iran Didakwa Di Pulau Pinang Esok

14/08/2025
0

GEORGETOWN: Lima warga Iran termasuk dua wanita yang ditahan pada 2 Ogos lalu bagi membantu siasatan kes mencuri wang pelancong...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd