• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jadilah Pemimpin Sejati, Tegur Veteran UMNO

oleh Ahmad Albab
20/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Pimpinan Umno diingatkan agar menjadi pemimpin sejati yang teguh berdiri bersama parti demi asas perjuangan sebenar.

Veteran Umno, Tan Sri Mohamad Aziz berkata pimpinan parti tidak sepatutnya bertahan hanya demi kepentingan diri.

“Saya rasa terkilan, pemimpin-pemimpin besar Umno meninggalkan parti. Apa masalah perjuangan mereka ini? Dalam Umno kita harus berjuang mempertahankan parti.

“Umno parti yang berjasa kepada orang Melayu, tak kan cabaran sedikit-sedikit tidak boleh dihadapi. Jadilah pemimpin yang sejati, jangan jadi pemimpin yang ada kepentingan baru nak tunggu (bersama parti), tak ada kepentingan lari,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Semalam, bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mustapa Mohamed mengumumkan keluar daripada Umno selepas lebih 40 tahun berkhidmat untuk parti itu kerana merasakan hala tuju Umno pada masa ini tidak selari dengan prinsip politik yang menjadi pegangannya selama ini.

Kurang 24 jam, Bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman pula mengumumkan dirinya keluar Umno berkuat kuasa serta-merta kerana Umno dan BN dilihat gagal menunaikan janji dalam perkara berkaitan Perjanjian 1963.

Mengulas lanjut, Mohamad yang juga Timbalan Pengerusi Tetap Umno berkata sebagai orang lama parti beliau akui tidak faham tindakan pemimpin-pemimpin yang begitu mudah meninggalkan parti selepas tewas PRU14.

“Apa salah Umno? Saya orang tua dalam Umno, 57 tahun dalam Umno bukan sedikit masa. Saya tak fahamlah. Janganlah mudah-mudah kita tinggalkan Umno.

“Bagi saya pemimpin begini tidak penting dalam Umno. Kita yang ada dalam Umno teruslah pertahankan Umno,” katanya.

Menurutnya, jika ada mana-mana ahli parti yang mahu keluar, sebagai orang lama beliau tidak dapat menghalang.

“Mereka nak keluar (parti), keluarlah. Kita masuk Umno bukan kerana orangnya, kita masuk Umno kerana yakin dengan perjuangan Umno.

“Kalau mereka dah tak yakin dengan Umno, nak keluar, keluarlah itu hak mereka. Kita bersama Umno hingga nafas yang terakhir.

“Saya tak boleh terima alasan untuk memenangkan diri kita kemudian nak salahkan Umno. Perjuangan bukan begitu,” katanya. – Sinar Harian Online

Tags: pemimpinVeteran UMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mungkin Hadi Dah Jumpa Dalil Halalkan Cara – Veteran UMNO

Mungkin Hadi Dah Jumpa Dalil Halalkan Cara – Veteran UMNO

23/01/2023
0

KUALA LUMPUR - Veteran UMNO menempelak kenyataan Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menyifatkan pemberian wang tunai sewaktu kempen pilihan...

‘Faham-Fahamlah Pemimpin, Kalau Banjir Pulanglah Dari Cuti’

‘Faham-Fahamlah Pemimpin, Kalau Banjir Pulanglah Dari Cuti’

21/12/2022
1

Ketua Pemuda Umno Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan pemimpin supaya pulang daripada bercuti ketika berlaku bencana banjir. Ikuti Mynewshub: Telegram Katanya,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd