• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isteri CEO Cradle Fund, Bekas Suami Direman

oleh Cj Mnh
04/09/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Isteri kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle Fund), Nazrin Hassan, yang maut dalam kebakaran di rumahnya Jun lalu, bersama bekas suaminya ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan kes bunuh Nazrin.

Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Hairul Azhar Mohd Ishak membenarkan tempoh reman sehingga Isnin depan bagi membolehkan siasatan lanjut terhadap kedua-dua suspek yang berusia 43 tahun itu.

Siasatan terhadap bekas pasangan suami isteri itu dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika disabit kesalahan.

Terdahulu, mereka yang memakai baju-T berwarna hitam tiba di mahkamah pada jam 11 pagi dan dia yang diiringi anggota polis keluar dari bilik reman pada jam 12.20 tengah hari.

Suspek wanita yang juga Eksekutif Kanan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) itu kelihatan muram di dalam bilik reman.

Sebelum ini, suspek wanita pernah menyelar Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) membuat dakwaan tidak benar mengenai kes kematian mengejut suaminya yang kemudian diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh.

Sementara itu, pihak JBPM berkata, keputusan yang diumumkan pihaknya mengenai kematian Nazrin adalah berdasarkan hasil siasatan yang dijalankan.

Pada 3 Ogos lalu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat mengklasifikasikan kes kematian Nazrin sebagai kes bunuh.

Media melaporkan sebuah telefon bimbit yang diletak sama ada di atas katil atau sisi katil meletup semasa dicas mungkin menjadi punca kebakaran di bilik tidur yang mengorbankan Nazrin.

Kronologi kes kematian CEO Cradle Fund, Nazrin Hassan

14 Jun

– JBPM menerima panggilan terdapat kebakaran di sebuah rumah dua tingkat di Mutiara Homes, Petaling Jaya

– JBPM menemui mayat seorang lelaki dengan kesan terbakar di bilik tingkat atas yang terbakar

– Mangsa yang meninggal disahkan sebagai Nazrin. Balu serta anak Nazrin yang berada di ruang tamu bahagian bawah rumah dikatakan tidak menyedari berlaku kejadian kebakaran dan Nazrin berada berseorangan di dalam bilik

– Kes pada awalnya diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)

16 Jun

– Syarikat Cradle Fund Sdn Bhd mengeluarkan kenyataan bahawa hasil bedah siasatan mengesahkan kematian Nazrin berpunca daripada letupan telefon pintar dan menyebabkan beberapa komplikasi kecederaan pada tubuh

25 Jun

– Ketua Pengarah JBPM, Mohammad Hamdan Wahid memaklumkan sudah selesai menjalankan siasatan terhadap punca kebakaran meragut nyawa Nazrin

– Siasatan menggunakan dua kaedah iaitu kaedah siantifik dan menggunakan unit Anjing Pengesan (K9P di lokasi kejadian

6 Ogos

– Polis menyiasat semula kes kematian Nazrin mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh berdarakan laporan forensik JBPM

8 Ogos

– Polis mengambil keterangan beberapa individu termasuk keluarga Nazrin

14 Ogos

– Samirah membidas JBPM kerana tidak dimaklumkan mengenai hasil maklumat siasatan dijalankan selain mendakwa JBPM mengeluarkan tuduhan tidak benar serta bercanggah dengan laporan dikeluarkan Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur

15 Ogos

– Polis sahkan Samirah antara individu yang disiasat polis dan meminta wanita itu tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sebaliknya menyerahkannya kepada polis untuk menjalankan siasatan
– BH Online

Tags: CEOkes bunuh
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Perangi LGBT Lebih Agresif

Next Post

Pemandu Grab Cederakan Isteri Didakwa

Related Posts

Kes Bunuh Pelajar Di Cyberjaya Cetus Kemarahan Warganet

Kes Bunuh Pelajar Di Cyberjaya Cetus Kemarahan Warganet

26/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Kes pembunuhan seorang pelajar universiti di Cyberjaya mencetuskan kemarahan orang ramai di media sosial, dengan majoriti warganet mempersoalkan...

Kes Bunuh Di Pondok Cherok Tokun: Lelaki Warga Emas Direman 7 Hari

Kes Bunuh Di Pondok Cherok Tokun: Lelaki Warga Emas Direman 7 Hari

30/04/2025
0

BUKIT MERTAJAM: Seorang lelaki warga emas direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh di sebuah pondok di...

Next Post

Pemandu Grab Cederakan Isteri Didakwa

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd