SEBUAH akhbar Lubnan baru-baru ini mendedahkan dengan lebih terperinci peranan Israel melatih kumpulan pengganas yang beroperasi di Asia Barat.
Laman web akhbar al-Manar melaporkan bahawa Israel disokong sekutu lain melatih kumpulan pengganas di beberapa lokasi termasuk dalam wilayah Israel.
“Anggota kumpulan pengganas dilatih di beberapa negara Barat, Israel dan beberapa kem latihan khusus di Arab Saudi,” tulis al-Manar.
Dikhabarkan, satu kumpulan pengganas melaksanakan agenda kepentingan rezim Zionis dan Amerika Syarikat untuk mensasarkan Iran dan melancarkan operasi keganasan di negara itu.
Kumpulan-kumpulan pengganas yang menerima sokongan kewangan dari negara-negara Arab dan latihan teknikal dari Israel dan negara-negara Barat, terutama AS, masih meneruskan tindakan mereka di berbagai daerah di Iran untuk menjejaskan kestabilan negara mereka.
Israel dan AS bersama-sama dengan Arab Saudi selama bertahun-tahun menjadi penyokong utama kumpulan pengganas yang beroperasi di rantau ini, termasuk Daesh.
Kelompok pengganas yang beroperasi di Iran seperti MKO masih disokong oleh AS, Israel dan beberapa negara Arab, terutama Arab Saudi.
Terbaru, satu serangan ke atas perarakan tentera memperingati perang di Iran diserang pengganas yang dipercayai mempunyai hubungan dengan Saudi. – Agensi

