• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Institusi Pendidikan Wujud Kelab UNESCO Mulai 2019

oleh
29/09/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Kelab Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa Bersatu (UNESCO) akan diwujudkan di semua sekolah menengah seluruh negara mulai tahun hadapan bagi mempromosi pembangunan mampan sebagai budaya dan gaya hidup dalam kalangan masyarakat.

Menteri Pendidikan, Maszlee Malik berkata kelab sama juga akan diwujudkan di Universiti Awam, politeknik dan kolej vokasional.

Beliau, yang juga Presiden Suruhanjaya UNESCO Malaysia, berkata pendidikan adalah wahana paling berkesan dalam mendidik rakyat mempromosi kehidupan aman, menolak keganasan, peperangan dan konflik seterusnya menjaga kemampanan pembangunan.

“Ini antara usaha kementerian untuk memastikan dunia hari ini dan akan datang bersikap mampan terhadap alam sekitar,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari UNESCO Malaysia 2018 di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru di sini, hari ini.

Terdahulu dalam ucapannya, Maszlee berkata Hari UNESCO pada tahun ini adalah untuk memaparkan peranan yang dimainkan Malaysia dalam menyokong aspirasi dan wawasan badan PBB itu terutama dalam Matlamat Pembangunan Mampan 2030 (SDGs)

“SDGs meletakkan pemusatan remaja dalam agenda pembangunan bagi memastikan kepentingan sosial dan ekonomi, kebudayaan serta pemuliharaan dan perlindungan alam sekitar.

“Saya percaya remaja hari ini bukan sahaja aperantis malahan pemimpin hari ini untuk esok yang lebih baik. Itu sebabnya, usaha oleh remaja hendaklah dirai dan ditunjukkan kepada semua peringkat,” jelas Maszlee.

Pada majlis itu, Mazlee turut menerima dua pengiktirafan terbaharu daripada UNESCO bagi “Memory of the World” iaitu Manuskrip Hikayat Panji dan Kitab Ilmu Bedil yang disampaikan Pengarah UNESCO bagi Pejabat Jakarta, Shahbaz Khan. – BERNAMA

Tags: Dr Maszlee MalikUNESCO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: PH Janji Bawa Kemajuan – Netizen Tanya Bila Tol Percuma Simpang Renggam?

PRN Johor: PH Janji Bawa Kemajuan – Netizen Tanya Bila Tol Percuma Simpang Renggam?

28/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Calon Pakatan Harapan (PH), Dr Maszlee Malik menegaskan bahawa PH berjanji akan membawa kemajuan di Johor sekiranya...

PRN Johor: Maszlee Calon Menteri Besar Pakatan Harapan?

PRN Johor: Maszlee Calon Menteri Besar Pakatan Harapan?

27/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Spekulasi mengenai bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik akan diangkat sebagai Menteri Besar Johor jika Pakatan Harapan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd