• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Inspektor Penjara Rasuah Didenda

oleh Ahmad Albab
25/09/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Ketua Inspektor Penjara Pengkalan Chepa dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan denda RM15,000 di Mahkamah Sesyen di sini, semalam, selepas didapati bersalah terhadap tuduhan menerima rasuah RM3,000 daripada seorang banduan, dua tahun lalu.

Hakim Ahmad Bazli Bahruddin menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Mohd Zambri Abdullah, 39, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Mahkamah turut menjatuhkan hukuman penjara dua tahun dan denda RM15,000 terhadap Lans Koperal Dzul Azam Nani, 34, yang turut bertugas di Penjara Pengkalan Chepa terhadap kesalahan sama.

Mahkamah memerintahkan hukuman bermula semalam.

Ahmad Bazli bagaimanapun membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara sehingga rayuan di Mahkamah Tinggi selesai dengan jaminan setiap tertuduh dinaikkan sebanyak RM4,000.

Mengikut pertuduhan, Mohd Zambri didakwa memperoleh suapan RM3,000 daripada Mohd Fakhrul Akashah Mat sebagai dorongan tidak mengambil tindakan tatatertib terhadap Wan Muhammad Azlan Wan Mahmood yang berada di dalam penjara ketika itu kerana positif dadah ketika ujian saringan air kencing di Kuarters Penjara Pengkalan Chepa pada jam 10.15 malam, 20 Disember 2016.

Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang daripada nilai suapan atau nilai suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Shahidah Muslimah Roslan manakala tertuduh diwakili peguam Ahmad Nizam Mohamed dan Shahruddin Mohamed. –

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Shahidah Muslimah Roslan manakala tertuduh diwakili peguam Ahmad Nizam Mohamed dan Shahruddin Mohamed. – myMetro Online

Tags: Kes Rasuahwarden
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Wanita Tinggal Dalam Timbunan Sampah Lebih 10 Tahun

Next Post

Peluang Besar Buat Anwar Di Port Dickson

Related Posts

Pendakwaan Bantah Soalan Tiada Kaitan Kes Rasuah Guan Eng

24/10/2024
0

KUALA LUMPUR - Pihak pendakwaan dalam kes rasuah terowong dasar laut membabitkan Lim Guan Eng membantah soalan dikemukakan pasukan pembelaan...

Warden Tak Mengaku Cabul Pelajar Lelaki Di Belakang Tandas

22/08/2024
0

Muar : Warden sebuah pusat pengajian swasta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan...

Next Post

Peluang Besar Buat Anwar Di Port Dickson

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In