• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Industri Pelancongan Catat Perkembangan Positif

oleh Cj Mnh
27/09/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Industri pelancongan Malaysia menikmati perkembangan positif dengan mencatat 25.9 juta kedatangan pelancong asing pada tahun lepas yang menyumbang 14.9 peratus kepada ekonomi negara.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Muhammad Bakhtiar Wan Chik percaya perkembangan transformasi digital dapat membantu mempertingkatkan industri pelancongan negara serta menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia.

“Setakat data kita ada, seramai 3.2 juta rakyat kita bekerja dalam sektor pelancongan,” katanya kepada pemberita pada majlis sambutan nasional Hari Pelancongan Sedunia (WTD) 2018 di Malaysia Tourism Centre (MaTIC) di sini hari ini.

Bakhtiar, yang juga anggota Parlimen Balik Pulau, Pulau Pinang berkata media sosial adalah platform terbaik rakyat untuk mempromosikan industri pelancongan Malaysia ke peringkat global.

Katanya, sambil kerajaan berusaha mengekal dan menambah baik industri pelancongan dengan pelbagai inisiatif termasuklah transformasi digital, rakyat yang mempunyai media sosial boleh menggunakan platform itu untuk menjadi duta dan membantu mempromosi Malaysia ke mata dunia.

Malaysia kini mempunyai lebih 3.15 juta pengguna media sosial.

Terdahulu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi, merasmikan sambutan itu yang bertemakan Pelancongan dan Transformasi Digital.

Ia dianjurkan Pertubuhan Pelancongan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNWTO) dan disambut pada 27 Sept setiap tahun.

Majlis turut menyaksikan perasmian bas WTO Kuala Lumpur Hop On, Hop Off yang disempurnakan oleh Bakhtiar. – BERNAMA

Tags: Industri Pelanconganpeluang pekerjaan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kenaikan Kos Tunai Umrah: Industri Pelancongan Bersifat Pasaran Bebas – MATTA

Kenaikan Kos Tunai Umrah: Industri Pelancongan Bersifat Pasaran Bebas – MATTA

27/01/2023
0

KUALA LUMPUR : Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) akan terus memantau dan menjalin kerjasama dengan agensi berkaitan bagi...

KSTP Bakal Wujud 23,000 Peluang Pekerjaan

KSTP Bakal Wujud 23,000 Peluang Pekerjaan

26/06/2022
0

ALOR SETAR - Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) membangunkan fasa dua Kedah Science...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd