• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hukuman Islam Bukan Hanya Untuk Yang Beriman!

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menerangkan hukuman dalam Islam adalah bertujuan untuk membina dan mendidik manusia.

Menurut beliau, hukuman itu sama ada disyarakkan oleh agama secara langsung daripada Allah S.W.T iaitu hudud dan qisas atau ketentuan pemerintah Islam yang terikat dengan syarat-syarat agama.

“Semuanya adalah dengan matlamat mengembalikan manusia kepada jalan kehidupan yang mulia dan sejahtera. Sebagai kesimpulan, antara nasihat dan hukuman, kedua-duanya adalah berangkaian.

“Ia sesuai dan cocok untuk kategori manusia yang berbeza-beza pada iman dan nafsu. Jika Islam adalah semata-mata nasihat tanpa hukuman, maka hampir pasti mautlah kehidupan orang-orang yang lemah imannya.

“Mereka akan terus bergelumang dalam dosa jika gagal dinasihati dan tidak ditegah dengan keras,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Badan bukan kerajaan (NGO) pro-Pakatan Harapan dikenali sebagai Gabungan Kumpulan Bertindak untuk Kesaksamaan Gender (JAG) baru-baru ini meminta Peguam Negara, Tommy Thomas mengkaji semula undang-undang jenayah syariah di seluruh negara.

Ia kerana undang-undang Islam didakwa tidak selari dengan perlembagaan dan piawaian hak asasi manusia antarabangsa ekoran perbahasan hangat mengenai hukuman sebat terhadap pasangan lesbian.

“Pada masa yang sama, kami gesa semua kerajaan negeri untuk melaksanakan moratorium secepat mungkin mengenai hukuman yang melibatkan penyiksaan,” kata JAG dalam satu sidang media di Kuala Lumpur.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jun lalu menegaskan bukan Islam di Malaysia mempunyai hak untuk membahaskan dan mempertimbangkan undang-undang Islam.

Ini kerana, Anwar yang juga bakal calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson mendakwa undang-undang berkenaan juga boleh memberi kesan kepada bukan muslim di negara ini.

Mengulas lanjut, Nik Mohamad Abduh berkata, agama Islam bukan hanya untuk mereka yang sempurna imannya, manakala yang lemah dan cacat imannya dibiarkan terus menjadi hamba dan mainan syaitan.

“Tidak sama sekali, Allah maha mengasihi dan mengasihani terhadap semua para hamba-Nya. Justeru syurga-Nya adalah bertingkat-tingkat untuk semua hamba-Nya yang bertingkat-tingkat iman mereka.

“Maka berimanlah bahawa Allah-lah sebaik-baik hakim dan penghukum ke atas manusia,” katanya. – MYNEWSHUB.TV

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: hukumanNik Abduh Nik Aziz
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Peruntukan Denda Tipu Status Halal Sehingga RM5 Juta, Tapi Hukuman Hanya RM10,000 Hingga RM30,000

Peruntukan Denda Tipu Status Halal Sehingga RM5 Juta, Tapi Hukuman Hanya RM10,000 Hingga RM30,000

05/11/2026
0

PUCHONG - Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) menggesa pihak berkuasa mengenakan hukuman maksimum RM5 juta yang diperuntukkan undang-undang bagi kes penipuan...

3,638 Jam Hukuman Khidmat Masyarakat Hasil Operasi Penguatkuasaan

3,638 Jam Hukuman Khidmat Masyarakat Hasil Operasi Penguatkuasaan

26/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Sebanyak RM467,140 kutipan denda direkodkan, manakala 3,638 jam hukuman khidmat masyarakat dijatuhkan terhadap individu yang disabitkan kesalahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd