• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hong Kong Haramkan Parti Prokemerdekaan

oleh Cj Mnh
24/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HONG KONG – Pihak berkuasa di sini mengharamkan sebuah parti politik yang memperjuangkan kemerdekaan Hong Kong.

Tindakan itu adalah yang kali pertama dilakukan sejak pulau itu dikembalikan kepada China dari Britain 21 tahun lalu, ketika Beijing memperhebat tekanan kepada pihak yang mencabar kedaulatannya di Hong Kong.

Pulau itu mendapat autonomi separuh termasuk kebebasan berucap tetapi ruang untuk bantahan politik semakin terhad kerana pendirian tegas Presiden China, Xi Jinping.

Julai lalu, polis memohon pengharaman ke atas Parti Kebangsaan Hong Kong (HKNP), satu pergerakan kecil dengan 12 ahli kanan yang memperjuangkan kemerdekaan dari China.

Langkah itu dikritik kumpulan hak asasi dan Kementerian Luar Britain yang menyatakan hak Hong Kong mesti dihormati.

Biro Keselamatan Hong Kong hari ini mengumumkan bahawa ia menerima permohonan polis dan akan mengharamkan parti itu mengikut Ordinan Pertubuhan yang menetapkan sesebuah pergerakan boleh dilarang mengikut kepentingan nasional dan awam.

“Saya dengan ini mengarahkan operasi atau operasi HKNP seterusnya di Hong Kong adalah dilarang,” menurut notis menteri keselamatan dalam laman web rasmi.

Aktivis yang menggesa supaya Hong Kong merdeka dari China muncul selepas perarakan pro-demokrasi meletus pada 2014 gagal membawa kepada pembaharuan.

Tetapi, pihak yang terbabit dalam kempen itu telah dihalang daripada bertanding dalam pilihan raya manakala yang lain hilang kelayakan sebagai ahli perundangan. – AFP

Tags: Hong KongParti Pro-Kemerdekaan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

10/04/2026
0

Oleh Mynewshub  SEORANG lelaki warga China dilaporkan mencetuskan kekecohan di sebuah kedai pengurup wang selepas mempertikaikan status mata wang dari...

Harga Petrol Di Hong Kong Cecah RM14 Seliter – Saifuddin Nasution

Harga Petrol Di Hong Kong Cecah RM14 Seliter – Saifuddin Nasution

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan harga petrol negara lain jauh lebih mahal berbanding...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd