• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hari Kebangsaan, Malaysia Dicadang Disambut Besar-Besaran

oleh
17/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERI KEMBANGAN – Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo mengemukakan cadangan supaya sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang dianjurkan di peringkat nasional oleh kerajaan setiap tahun, turut disambut secara besar-besaran di peringkat negeri, mulai tahun hadapan.

Gobind berkata beliau akan membentangkan kertas cadangan berkenaan kepada Kabinet dalam masa terdekat.

“Ini satu perkara sangat penting, kita pergi Kota Kinabalu semalam, saya tengok sambutan sangat luar biasa semua tunjukkan semangat kemalaysiaan kita.

Saya tengok ini satu perkara penting kita perlu pastikan dua tarikh ini disambut besar-besaran di setiap negeri. Ini adalah pandangan saya selaku Menteri Komunikasi dan Multimedia,” katanya kepada pemberita.

Beliau yang juga merupakan Anggota Parlimen Puchong itu ditemui selepas merasmikan sambutan Hari Malaysia peringkat Parlimen Puchong yang dianjurkan buat kali ketiga di sini, hari ini.

Hari Kebangsaan disambut rakyat Malaysia pada setiap 31 Ogos, manakala Hari Malaysia pada 16 September.

Mengenai isu ketirisan dana Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) yang pernah didedahkannya sebelum ini, Gobind berkata beliau tidak akan berkompromi dalam hal berkenaan dan akan bertindak tegas.

“Apabila berlaku ketirisan ia akan membawa kepada kekurangan dana yang sepatutnya boleh disalurkan kepada pihak-pihak berkebolehan dan mereka ini, mereka akan kehilangan peluang.

Saya tidak akan benarkan perkara ini berlaku, saya tegas dan tidak akan kompromi dalam hal ini. Apabila kita dapati ada keadaan-keadaan yang luar biasa laporan-laporan akan dibuat dan saya akan minta pihak berkuasa ambil tindakan tegas,” katanya.

Gobind sebelum ini dilapor berkata wujud banyak masalah dalam cara dana kerajaan kepada agensi itu disalurkan dan mahu supaya pengstrukturan semula secara besar-besaran dilakukan melibatkan tadbir urus agensi berkenaan. – BERNAMA

Tags: Gobind Singh Deo
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gobind Dakwa 5,000 Hadir Program Selangor Bangkit Bersama Rocket DAP

Gobind Dakwa 5,000 Hadir Program Selangor Bangkit Bersama Rocket DAP

26/04/2026
0

PUCHONG - Pengerusi Kebangsaan DAP, Gobind Singh Deo mendakwa lebih 5,000 orang menghadiri program Selangor Bangkit Bersama Rocket DAP Bandar...

DAP Bina Malaysia Yang Bersatu, Kuat Dan Berjaya – Gobind

DAP Bina Malaysia Yang Bersatu, Kuat Dan Berjaya – Gobind

18/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pengerusi Kebangsaan DAP, Gobind Singh Deo menyeru seluruh ahli dan penyokong parti itu untuk terus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd