• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harap Tiada Penyakit Serius – Ibu Aiman Tino

oleh Cj Mnh
27/09/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ibu Aiman Tino, Hazelina Mat Jalil masih menanti keputusan penuh pemeriksaan kesihatan penyanyi itu, namun berharap anaknya tidak menghidap penyakit serius.

Hazelina, 42, berkata, Aiman sudah menjalani pemeriksaan endoskopi (memasukkan kamera ke dalam usus) semalam dan doktor mengenal pasti anaknya itu mengalami radang pada usus akibat jangkitan kuman.

Namun, kata Hazelina, Aiman tidak mengalami sebarang komplikasi dan penyakitnya itu dapat pulih dengan pengambilan ubat antibiotik.

“Sudah tiga hari Aiman berehat di hospital dan kami berharap dia dapat pulang esok. Berdebar-debar juga menanti keputusan doktor, harapnya tiada yang serius.

“Sebelum ini, Aiman sering demam dan keadaan kesihatannya kerap terganggu. Dia juga tidak menjaga waktu makan, membuatkan gastrik yang dialaminya bertambah teruk. Selain itu, tonsilnya juga bengkak

“Saya berterima kasih kepada peminat dan orang ramai yang mendoakan kesihatan Aiman,” katanya.

Aiman atau nama sebenarnya, Mohammad Aiman Yusri, 20, dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Rawang, Selangor sejak Selasa lalu selepas demam panas.

Ekoran keadaan kesihatan anaknya, Hazelina memaklumkan, mereka terpaksa menolak tiga tawaran persembahan kerana Aiman tidak berdaya untuk beraksi menghiburkan peminat.

“Terima kasih kerana memahami keadaan Aiman. Selepas ini, saya dan suami mungkin akan memantau semula jadual kerjanya bagi memastikan makan minumnya teratur.

“Sebelum ini, saya dan suami sudah jarang mengikut Aiman bekerja. Tetapi, untuk mengelakkan masalah yang sama berulang, kami perlu mengawasinya. Biasalah remaja sedang membesar, ada ketika mereka kurang memandang serius soal kesihatan,” katanya. – BH Online

Tags: aiman tinorawatan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hamas Tolak Gencatan Senjata

Faisal Stabil, Terima Rawatan Di Hospital – Polis

05/05/2024
0

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim, cedera disimbah cecair dipercayai asid, dekat sini, hari ini. IKUTI...

Aiman Tino Masuk UMNO

Aiman Tino Masuk UMNO

17/03/2023
0

KUALA KUBU BHARU : Penyanyi, Aiman Tino, 25, menyertai UMNO selepas menyerahkan borang keahlian ahli UMNO di Pejabat UMNO Bahagian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd