• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hamas Uji Peluru Berpandu, Cetus Kebimbangan Israel

oleh Haris
30/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PADA masa suasana di Gaza semakin tegang, Hamas dilaporkan melakukan ujian peluru berpandu di pesisir Laut Mediterranean.

Media Israel melaporkan pada Sabtu yang Hamas melakukan ujian itu, yang meningkatkan kebimbangan Israel yang telah beberapa kali menyerang Gaza secara besar-besaran untuk menghapuskan kumpulan itu.

Latihan yang berpotensi mendorong Israel bertindak ganas itu juga berlaku pada masa Israel melalui Perdana Menteri Benjamin Netanyahu mendesak Amerika Syarikat dan masyarakat dunia menghukum Iran yang didakwa semakin mengancam keselamatan dengan peluru berpandu dan senjata nuklear.

Menurut laporan media Iran, al-Alam, Hamas menembak tujuh peluru berpandu dari darat ke laut.

Media ini bagaimanapun tidak memberikan penjelasan yang lebih terperinci mengenai ujian peluru berpandu Hamas itu.

Latihan ini merupakan latihan melibatkan peluru berpandu terbaharu dijalankan oleh Hamas, yang kemampuan senjatanya semakin meningkat dari tahun ke tahun, hasil bantuan Iran.

Konflik antara Palestin dan pasukan rejim Zionis terus meningkat dalam beberapa bulan kebelakangan ini, terutamanya selepas demonstrasi warga Palestin yang mengundang kekerasan daripada pasukan keselamatan Israel hingga menyebabkan kematian ramai orang awam.

Dalam demonstrasi terakhir pada hari Jumaat lalu, sehari selepas itu, tujuh penduduk terbunuh dan lebih daripada 500 orang cedera.

Gaza telah mula melakukan protes dinamakan al-Awdah yang aman sejak 30 Mac lalu.

Mereka menuntut agar rejim Zionis menamatkan pendudukan dan sekatan Gaza.

Kumpulan perjuangan Palestin menegaskan bahawa mereka akan terus mengadakan demonstrasi ini sehingga matlamat mereka dicapai.

Mereka berpendapat, ancaman Israel menunjukkan ketakutan mereka dan keberkesanan demonstrasi yang aman ini. – Agensi

Tags: HamasIranIsrael
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Infrastruktur Telekom Israel Didakwa Diguna Untuk Intip Pengguna Di Lebih 10 Negara Termasuk Malaysia

Infrastruktur Telekom Israel Didakwa Diguna Untuk Intip Pengguna Di Lebih 10 Negara Termasuk Malaysia

05/05/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Satu pendedahan mengejutkan mendakwa infrastruktur telekomunikasi milik Israel telah digunakan secara meluas untuk tujuan pengawasan...

TERKINI – Perang Iran – Israel/AS Dijangka Bersambung Dalam Beberapa Jam Lagi

TERKINI – Perang Iran – Israel/AS Dijangka Bersambung Dalam Beberapa Jam Lagi

05/05/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Ketegangan di Asia Barat terus memuncak apabila Iran dilaporkan mengambil langkah tegas mempertahankan kedaulatan negaranya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd