• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gred Penjawat Awam JPV Akan Dikaji Semula

oleh Cj Mnh
28/09/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Kerajaan Negeri Sabah sedang melakukan kajian bagi menyelesaikan isu gred perjawatan penjawat awam khususnya di Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Sabah yang tidak seragam dengan rakan sejawatan mereka di negeri-negeri lain di Semenanjung.

Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Dr Daud Yusof berkata kerajaan negeri memahami kesulitan penjawat awam di negeri ini khususnya mereka yang telah lama berkhidmat.

“Kalau sudah siap kajian ini, kita akan usaha untuk lakukan penstrukturan menaikkan pangkat mereka yang layak tetapi perkara ini juga bergantung kepada kewangan Kerajaan Negeri untuk direalisasikan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Makan Malam Sempena Persaraan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah, Harun Abbas dan beberapa kakitangan lain di sini malam tadi.

Harun bersara setelah berkhidmat lebih 30 tahun dalam perkhidmatan awam negeri Sabah.

Katanya, menaikkan gred penjawat awam (JPV) memerlukan kenaikan dua kali kerana jurang gred sedia ada agak jauh dengan kakitangan di Semenanjung Malaysia.

Terdahulu dalam ucapannya Dr Daud berkata industri ternakan di Sabah masih jauh ketinggalan dan perlu dipertingkat dengan kerjasama semua pihak berkepentingan.

“Kita minta pegawai di jabatan veterinar untuk membantu mempertingkat pengeluaran ternakan. Begitu juga dengan penternak dan syarikat swasta (perlu) bersama-sama memajukan industri ini,” katanya.

Dr Daud juga berkata kerajaan baharu kini merancang meningkatkan pengeluaran daging dan banyak pelabur sudah menyatakan minat melabur di dalam industri ini termasuk dari Australia. – BERNAMA

Tags: Gred Penjawat Awamkaji semula
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ahli Parlimen, ADUN PKR Gesa KPM Kaji Semula Penganjuran Program Solidariti Palestin

Ahli Parlimen, ADUN PKR Gesa KPM Kaji Semula Penganjuran Program Solidariti Palestin

28/10/2023
0

KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR hari ini menggesa Kementerian Pendidikan (KPM) mengkaji semula...

Kaji Semula Tuduhan Terhadap Najib – Ahmad Zahid

Kaji Semula Tuduhan Terhadap Najib – Ahmad Zahid

28/08/2023
0

KUALA LUMPUR : Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menggesa Jabatan Peguam Negara mengkaji semula semua pertuduhan yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd