• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Golongan Muda Perlu Berani Tentang Rasuah, Salah Guna Kuasa

oleh Ahmad Albab
24/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ARAU – Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata golongan muda hendaklah berani menentang rasuah dan penyalahgunaan kuasa bagi menjadikan Malaysia negara ‘super power’ dalam masa 10 hingga 20 tahun lagi.

Menurutnya mereka harus berasa alergi dengan rasuah yang telah banyak merosakkan tadbir urus sesebuah negara.

“Saya yakin dan percaya anak-anak muda hari ini lebih bijak menilai kesan gejala rasuah kerana mereka lebih banyak terdedah dengan isu-isu nasional,” katanya semasa menyampaikan ucaptama pada Konvensyen Mahasiswa Anti Rasuah (KoMawAR) di Universiti Malaysia Perlis, disini, hari ini.

Konvensyen kali kedua itu dihadiri kira-kira 1,500 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di Perlis dan Kedah.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Shamshun Baharain Mohd Jamil dan Naib Canselor UniMAP Datuk Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal.

Katanya keputusan kerajaan Pakatan Harapan (PH) supaya semua anggota Kabinet mengisytiharkan harta dan dipamerkan dalam laman web SPRM itu penting bagi anak-anak muda untuk menilai ketelusan kerajaan PH.

“Kami mahu mendidik golongan muda membudayakan tahap integriti yang tinggi dan menolak rasuah,” tambah beliau.

Dalam siang media selepas itu Syed Saddiq berkata kes rasuah dalam bidang sukan adalah antara yang tertinggi dan beliau berhasrat menjadikan kementerian tersebut sebagai kementerian yang mendahului dalam tadbir urus telus dan bebas rasuah. – BERNAMA

Tags: BeliaSyed Saddiq
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Peguam Negara Arah Terus Rayuan Kes Syed Saddiq, Terima Apa Jua Keputusan Akhir Mahkamah Persekutuan

Peguam Negara Arah Terus Rayuan Kes Syed Saddiq, Terima Apa Jua Keputusan Akhir Mahkamah Persekutuan

17/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Peguam Negara mengarahkan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman daripada sabitan...

‘Kebenaran Akan Menang’ – Syed Sadiq Luah Reaksi Yakin Selepas Mahkamah Persekutuan Arah Pendakwaan Nilai Semula Rayuan

‘Kebenaran Akan Menang’ – Syed Sadiq Luah Reaksi Yakin Selepas Mahkamah Persekutuan Arah Pendakwaan Nilai Semula Rayuan

12/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yakin 'kebenaran akan menang' meskipun keputusan prosiding rayuan pendakwaan untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd