• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gobind Diiktiraf Malaysia Book Of Records

oleh
29/09/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia Book of Records (MBOR) hari ini mengumumkan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo diiktiraf sebagai individu keturunan Sikh pertama bergelar menteri kabinet di negara ini.

Pengumuman dibuat Ketua Pegawai Eksekutif MBOR, Datuk Michael Tio pada satu majlis MBOR Live! yang julung kali diadakan secara langsung di laman Facebook selama tiga hari tanpa henti bermula hari ini.

Sijil pengiktirafan sebagai ‘First Sikh Minister’ itu diserahkan kepada Gobind Singh di pejabatnya pada 3 September lepas.

Dalam reaksinya, Gobind Singh berkata penghargaan itu membuktikan Malaysia sebuah negara unik yang terbuka dan memberi peluang kepada sesiapa sahaja di kalangan lapisan masyarakat untuk mencipta nama.

“Bukan sahaja apa yang saya terima (penghargaan) tetapi MBOR sememangnya telah membuat satu usaha baik yang membanggakan serta patut disokong.

“Melaluinya (MBOR) kita dapat saksikan setiap rekod acara-acara yang cemerlang dihimpunkan sebagai satu bentuk ‘rakaman’ kecemerlangan yang dicipta rakyat Malaysia termasuk juga ada yang ‘world record’,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Gobind Singh merasmikan MBOR Live! dan menyampaikan pengiktirafan oleh MBOR kepada beberapa penerima antaranya Hansel Chan Ji Jun, 4, ‘Youngest Drummer with Lion Dance’; ‘Most Multi-Coloured Slippers Produced’ dengan 109 rekaan warna kepada Fipper dan Proton Edar sebagai penerima ‘Most People in an MPV’ dengan muatan 55 orang pada satu masa.

Dianggarkan lebih 40 rekod MBOR bakal tercipta sepanjang tiga hari program MBOR Live! yang akan diumumkan pada majlis penutupan pada Ahad. – BERNAMA

Tags: Gobind Singh Deo
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gobind Cuba Salahkan Kerajaan Johor Isu Network School?

Gobind Cuba Salahkan Kerajaan Johor Isu Network School?

23/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial yang sering mengulas isu politik, Eric Lim Sian See membidas Menteri Digital, Gobind Singh...

“Jangan Kita Lupa Skandal 1MDB” – Gobind

“Jangan Kita Lupa Skandal 1MDB” – Gobind

03/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Digital, Gobind Singh Deo mengingatkan rakyat Johor supaya tidak melupakan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Beliau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd