• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

GMB Sasar Promosi 1,200 Produk Pelancongan Unik

oleh Cj Mnh
25/09/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Pertubuhan Usahawan Generasi Muda Berjaya Malaysia (GMB) menetapkan sasaran untuk mempromosi 1,200 produk pelancongan unik negara tahun ini, menerusi platform “Experience Host”.

Presidennya, Agil Faisal Ahmad Fadzil berkata platform diusahakan dengan kerjasama Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) itu mula dibangunkan sejak dua bulan lepas bertujuan memajukan lagi usahawan pelancongan tanpa melibatkan modal besar.

“Melalui sesuatu program dipromosikan melalui platform dalam talian (secara “Experience Host”), mereka (pelancong boleh) membeli pakej-pakej khas dan unik,” katanya ketika ditemui selepas program pengenalan projek itu bersama Pertubuhan Industri Pelancongan Langkawi (Pelancongan Langkawi) di sini hari ini.

Beliau berkata promosi pelancongan berdasarkan pemaparan pengajaran dan pengalaman itu sudah digunakan secara meluas di beberapa negara lain menerusi platform seperti Airbnb dan Show Around tetapi masih kurang dimanfaatkan di negara ini.

“Sebab itu, kita mengambil langkah pergi ke Langkawi sebagai projek perintis. Kita bekerjasama dengan Pelancongan Langkawi untuk mengenal pasti usahawan yang sesuai,” katanya.

Sementara itu, Presiden Pelancongan Langkawi, Ahmad Phisol Ishak berkata hampir 100 penggiat industri pelancongan di pulau berkenaan mengambil bahagian dalam program dua hari itu yang mendedahkan mereka dengan pengetahuan asas promosi secara digital.

“Sekarang trendnya adalah (ekonomi) digital dan kita hendaklah menyesuaikan kaedah operasi kita selaras dengan keadaan semasa untuk ketengahkan produk yang kita ada,” katanya.

Beliau berkata peserta juga berpeluang menilai kembali pengajaran dari pengalaman lepas dalam membangunkan industri pelancongan selain mengelak sebarang kesilapan yang pernah dilakukan sebelum ini.

Katanya pengajaran daripada pengalaman lepas selain memanfaatkan sepenuhnya kemajuan teknologi semasa akan membolehkan pengusaha pelancongan di pulau itu meningkatkan lagi permintaan terhadap produk pelancongan mereka. – BERNAMA

Tags: GMBproduk pelancongan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd