• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Geng ‘Pie’ Tumpas Di Kota Kinabalu

oleh
25/09/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Geng “Pie”, yang melakukan kegiatan pecah rumah di sekitar Kota Kinabalu sejak awal tahun ini, tumpas dengan penangkapan tiga lelaki, yang mana salah seorang dipercayai merupakan ketua kumpulan itu.

Timbalan Ketua Polis Kota Kinabalu Supt George Rakhman berkata dengan penangkapan itu, pihaknya percaya berjaya menyelesaikan enam kes pecah rumah di kawasan Inanam, Menggatal dan Luyang sejak Januari tahun ini melibatkan jumlah kerugian lebih kurang RM 105,700.

Menurutnya, kegiatan kumpulan itu terbongkar setelah polis menyiasat satu kes pecah rumah di Taman Indah Permai, Menggatal dekat sini 16 Sept lepas.

“Pada 16 Sept lebih kurang 1.30 petang, pengadu seorang lelaki tempatan berumur 47 tahun membuat laporan polis bahawa rumahnya di Taman Indah Permai, Menggatal telah dipecah masuk.

“Setelah pemeriksaan dibuat, mendapati beberapa barang termasuk sebuah peti dengan kandungannya dianggarkan bernilai RM25,000 hilang dari rumah pengadu,” katanya pada sidang akhbar mengenai kes itu di sini hari ini.

Bertindak atas maklumat, George berkata polis telah melakukan beberapa siri serbuan, yang mana dua lelaki masing-masing berumur 35 and 36 tahun ditangkap di Inanam kira-kira pukul 9 pagi pada keesokan hari (17 Sept) dan seorang lagi lelaki dipercayai ketua kumpulan berumur 26 tahun ditangkap kira-kira 45 mint kemudian di Menggatal.

Beliau berkata polis turut merampas beberapa barangan daripada suspek bernilai kira-kira RM40,000, termasuk sebuah kereta Perodua Viva berwarna hitam yang dipercayai digunakan untuk menjalankan kegiatan jenayah mereka.

Menurutnya, semua suspek, yang turut didapati positif dadah semasa ditangkap, masing-masing mempunyai rekod jenayah lampau dan pernah dipenjarakan atas pelbagai kesalahan seperti pecah rumah dan menagih dadah.

Katanya, suspek diperintahkan reman selama empat hari daripada tarikh ditangkap (17 Sept) dan reman disambung lagi yang berakhir hari ini bagi membantu siasatan kes pecah rumah pada 16 Sept itu.

George berkata pihaknya akan memohon perintah reman daripada mahkamah lagi ke atas tiga suspek itu untuk menyiasat lima kes lain yang dikaitkan dengan kumpulan itu.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar memaklumkan segera kepada pihak polis sekiranya ternampak mana-mana individu atau kenderaan yang mencurigakan serta berpotensi melakukan jenayah.

“Orang ramai juga boleh datang ke Ibu Pejabat Polis Kota Kinabalu untuk membuat pengecaman terhadap rupa diskripsi penjenayah seperti rupa, pakaian dipakai dan sebagainya, jenis kenderaan digunakan dan nombor pendaftaran kenderaan bagi tujuan membantu siasatan polis,” katanya. – BERNAMA

Tags: pecah rumah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Buru Lima Suspek Cuba Pecah Rumah

Polis Buru Lima Suspek Cuba Pecah Rumah

16/06/2025
0

KAJANG – Polis sedang memburu sekumpulan lima lelaki yang dipercayai cuba memecah masuk sebuah rumah di sini pada Sabtu lalu. Ketua...

Wanita Rohingya Ada 54 Rekod Pecah Rumah, Suami Didakwa Simpan Harta Curi

Wanita Rohingya Ada 54 Rekod Pecah Rumah, Suami Didakwa Simpan Harta Curi

03/12/2024
0

BATU PAHAT: Wanita etnik Rohingya yang baru habis berpantang dan memiliki 54 rekod jenayah termasuk kes pecah rumah didakwa bersama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd