• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gangguan Bekalan Air Di Raub Selasa Depan

oleh Cj Mnh
20/09/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Sebanyak 5,107 akaun pengguna di Raub bakal berhadapan dengan gangguan bekalan air selama hampir 15 jam, pada Selasa depan.

Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) dalam satu kenyataan di sini hari ini, berkata gangguan bekalan itu berpunca daripada kerja membersihkan pasir di kebuk muka sauk Loji Rawatan Air Sungai Bilut.

“Gangguan bekalan air dijangka bermula pada pukul 8 pagi dan pengguna dinasihatkan menyimpan bekalan secukupnya sebagai persediaan,” kata kenyataan itu.

Kawasan yang terlibat ialah Felda Krau, Taman Lee Man, Ibu Pejabat Polis Daerah Raub, Jalan Tan Tiong, Bukit Do, sekitar bandar Raub, Tanjung Gadong, Taman Bukit Koman, Sempalit, Taman Emas dan Taman Sri Raub.

Turut terjejas ialah Taman Sempalit Baru, Taman Amalina, Taman Kenanga, Taman Kurnia Jaya, Taman Lily dan sepanjang Jalan Lipis ke Gali Estet.

PAIP menambah mereka yang mempunyai pertanyaan boleh menghubungi talian Pusat Khidmat Pelanggan (PULAPEL) di talian 09-5739999. – BERNAMA

Tags: Gangguan Bekalan AirPAIP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PAIP Bantu Padam Kereta Terbakar, Tindakan Pantas Elak Kejadian Lebih Buruk

PAIP Bantu Padam Kereta Terbakar, Tindakan Pantas Elak Kejadian Lebih Buruk

28/03/2026
0

MARAN – Detik cemas bertukar menjadi kisah keberanian apabila pasukan lori tangki Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) bertindak pantas membantu...

Gangguan Bekalan Air Daerah Batang Padang, Hilir Perak Dijangka Pulih Berperingkat Esok

Gangguan Bekalan Air Daerah Batang Padang, Hilir Perak Dijangka Pulih Berperingkat Esok

10/02/2025
0

IPOH : Gangguan bekalan air yang menjejaskan 50,000 akaun pengguna beberapa kawasan di dua daerah iaitu Batang Padang serta Hilir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd