• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fuziah Sedia Kosong Kerusi Untuk Anwar

oleh
11/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Anggota Parlimen Kuantan Fuziah Salleh bersedia mengosongkan kerusinya bagi memberi laluan kepada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding.

Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata perkara itu dilakukan dengan pertimbangan untuk membolehkan Anwar kembali ke Parlimen selepas pilihan raya kecil diadakan.

“Ramai anggota Parlimen PKR yang sanggup kosongkan kerusi (Parlimen)… kalau beliau (Anwar) mahu datang ke Kuantan pun, saya sedia mengosongkan kerusi,” kata Fuziah semasa ditemui di Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang 1440H/2018M di Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah 1 di sini, hari ini.

Sambutan bertemakan ‘Menyantuni Umat Membawa Rahmat’ itu disempurnakan Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan turut hadir ialah Timbalan Menteri Kerja Raya Mohd Anuar Mohd Tahir dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Fuziah mengulas mengenai spekulasi PKR akan mengosongkan satu kerusi Parlimen pada minggu ini, bagi memberi laluan kepada Anwar, yang dikatakan sebagai persediaan untuk beliau menjadi Perdana Menteri.

Kedudukan kerusi itu dijangka diumumkan esok, selepas Anwar pulang dari Hong Kong.

Setakat ini, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution telah mengesahkan pilihan raya kecil itu tidak akan berlaku di utara mahupun di Pandan, yang buat masa ini dipegang Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ibrahim. – BERNAMA

Tags: Fuziah Salleh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - "Sebagai rakyat Malaysia, kita bersyukur dengan usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan demi kestabilan ekonomi negara" Demikian...

Walaupun Malaysia Pengeluar Minyak, Kita Masih Perlu Import – Fuziah Salleh

Walaupun Malaysia Pengeluar Minyak, Kita Masih Perlu Import – Fuziah Salleh

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Hanya 48 peratus sumber minyak mentah datang dari Malaysia, manakala 38 peratus bergantung kepada laluan Selat Hormuz...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd