• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fuziah Salleh Kesal Kenyataan Mufti Sabah

oleh
23/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh kesal dengan kenyataan Mufti Sabah Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar yang mahu had umur minimum perkahwinan diturunkan kepada 14 tahun bagi perempuan dan 16 tahun bagi lelaki atas alasan anak-anak sekarang terdedah kepada seks lebih awal.

Beliau berkata perkahwinan bukan sahaja berkisar tentang soal seks semata-mata, namun ia juga berkait dengan soal tanggungjawab yang perlu dipikul oleh pasangan yang mendirikan rumah tangga tersebut.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Kuantan berkata sesebuah perkahwinan memerlukan persediaan mental dan fizikal selain keupayaan kewangan untuk membolehkan pasangan tersebut mengharungi cabaran yang mendatang dalam alam perkahwinan.

“Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam (MKI) pada tahun 2011 ada menyebut bahawa perkahwinan bawah umur mendatangkan lebih banyak mudharat dari kebaikan.

“Sekiranya berlaku gejala sosial di mana remaja terdedah kepada tingkah laku seks luar nikah di peringkat umur yg muda, maka masalah itu harus dipersoal kpd institusi agama dan keberkesanan program dakwah mereka.

“Kita perlu tanya mengapa perkara tersebut berlaku dan bukannya mencari penyelesaian dengan membenarkan perkahwinan kanak-kanak. Itu membunuh masa depan mereka,” katanya kepada Bernama menerusi aplikasi Whastsapp di sini hari ini.

Menurutnya bagi kanak-kanak perempuan sendiri, secara biologikal rahim belum bersedia untuk mengandung pada umur 14 tahun dan kehamilan pada umur demikian akan lebih menyebabkan risiko keguguran dan kematian bayi yang dikandung.

Manakala dari segi psikologi sendiri, kanak-kanak lelaki mahupun perempuan belum bersedia atau matang untuk memikul tanggungjawab menjadi suami mahupun isteri yang sekali gus boleh menyebabkan perkahwinan berkenaan mungkin berakhir dengan perceraian.

“Apabila perkahwinan itu dilakukan awal contohnya pada usia 14 dan 16 tahun, bagaimana pula dengan soal pendidikan mereka. Pada peringkat usia seperti itu mereka seharusnya di bangku sekolah demi masa depan yang lebih terjamin,” katanya.

Bungsu dalam kenyataannya semalam yang menyatakan pendirian tidak bersetuju cadangan kerajaan untuk menaikkan had umu minimum perkahwinan kepada 18 tahun.

Antara lain Bungsu berkata anak-anak pada masa kini cepat matang dan terdedah kepada soal seks lebih awal yang menyebabkan mereka perlu dibenarkan untuk berkahwin dengan awal. – BERNAMA

Tags: Fuziah Salleh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - "Sebagai rakyat Malaysia, kita bersyukur dengan usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan demi kestabilan ekonomi negara" Demikian...

Walaupun Malaysia Pengeluar Minyak, Kita Masih Perlu Import – Fuziah Salleh

Walaupun Malaysia Pengeluar Minyak, Kita Masih Perlu Import – Fuziah Salleh

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Hanya 48 peratus sumber minyak mentah datang dari Malaysia, manakala 38 peratus bergantung kepada laluan Selat Hormuz...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd