Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Hadiah Nobel Keamanan Suu...

STAVANGER - Hadiah Nobel keamanan kepada Aung San Suu Kyi tidak akan tarik...

Ahli KWSP Boleh Buat...

KUALA LUMPUR : Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh membuat pengeluaran daripada...

JDT Tak Pernah Kalah...

PEMILIK Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan pencabar...

10 Daerah Rekod Kes...

PUTRAJAYA - Sebanyak 10 daerah masih kekal merekodkan kes aktif yang tinggi dan...

Fungsi BPA Ditukar Kepada Ombudsman

PUTRAJAYA – Akta Ombudsman akan digubal bagi menukar fungsi Biro Pengaduan Awam (BPA) kepada Ombudsman Malaysia untuk memastikan pengurusan aduan awam di negara ini lebih berkesan, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata langkah itu bagi menentukan jabatan-jabatan kerajaan tidak menyeleweng atau terlibat dengan rasuah.

“Jika ada aduan terhadap jabatan kerajaan dan selepas diminta pembetulan dibuat, tetapi jika tidak dapat diselesaikan, akan pergi kepada Ombudsman.

“Ombudsman ini bebas dan tidak diletak di bawah perdana menteri atau menteri-menteri,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) di Perdana Putra, di sini hari ini.

Turut hadir pada sidang media itu ialah Menteri Kewangan Lim Guan Eng, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Viu Keong dan Pengerusi Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC) Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata mesyuarat tersebut turut bersetuju supaya Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) diperkasakan dan dikenali sebagai Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).

Menurutnya IPCMC akan bertindak sebagai sebuah badan pemantau bebas yang lebih holistik.


“Terdapat banyak aduan mengenai polis dan kita akan cuba membersihkan polis dan menentukan mereka mendapat layanan yang baik sebagai anggota polis dan pada masa yang sama mereka harus membersihkan diri mereka,” katanya.

Menurut Dr Mahathir mesyuarat JKKMAR juga bersetuju dengan cadangan supaya fungsi agensi-agensi di GIACC bagi memastikan dasar dan perancangan berkaitan tadbir urus, integriti dan anti rasuah dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Katanya Institut Integriti Malaysia (Integriti) yang ditempatkan di bawah GIACC akan bertindak sebagai badan operasi membina kapasiti dan kompetensi agensi kerajaan serta korporat.

Dr Mahathir berkata Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negara (JITN) pula akan diserapkan fungsi ke dalam GIACC dan perkara itu akan dibincangkan bersama Jabatan Perkhidmatan Awam dengan mengambil kira aspek penjimatan di pihak kerajaan.

“Gabungkan sahaja, tidak perlu ada terlalu banyak agensi,” katanya. – BERNAMA

Kategori