Thursday, May 2, 2024

Creating liberating content

MH17: Najib Ulangi Desakan...

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengulangi...

Indonesia Tambah 3 Wilayah...

JAKARTA: Bilangan wilayah Indonesia meningkat daripada 34 kepada 37 apabila tiga wilayah autonomi...

Gejala Murtad, Liberalisme Makin...

KUALA LUMPUR - Evangelis Kristian dikatakan sudah berjaya menyusup masuk sehingga mampu mengepalai...

Promosi Makanan Guna Bahan...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) melarang penggunaan bahan berbahaya seperti bahan peluntur dan...

EU Lulus Undang-Undang Hak Cipta

STRASBOURG, Perancis – Parlimen Eropah semalam meluluskan rang udang-undang kontroversi Kesatuan Eropah (EU) yang memberikan lebih kuasa kepada syarikat berita dan rakaman terhadap gergasi internet seperti Google serta Facebook.

Draf itu disokong media tradisional dalam usaha untuk menjana pendapatan pada era pengguna internet tidak lagi melanggan akhbar, manakala pendapatan daripada pengiklanan televisyen pula ditarik oleh platform online.

Ahli Parlimen Eropah (MEP) yang bersidang di bandar Strasbourg, Perancis mengundi dengan 438 menyokong rang undang-undang itu berban­ding 226 menentang dan 39 lagi berkecuali.

Kalangan ahli MEP berbeza pendapat berhubung isu tersebut. Mereka bagaimanapun mencapai kata sepakat me­ngenai beberapa kaedah yang membolehkan organisasi be­rita mengenakan caj terhadap syarikat internet untuk pautan kepada kandungan berita.

MEP juga melonggarkan cadangan untuk memuat naik penapis internet yang akan memaksa platform seperti YouTube atau Facebook memadamkan secara automatik kandungan yang melanggar hak cipta.


Draf undang-undang itu ditentang keras oleh gergasi teknologi Amerika Syarikat dan aktivis-aktivis kebebasan internet.

Mereka bimbang penapis automatik untuk menghalang pengguna berkongsi kandu­ngan yang dilindungi hak cipta itu akan disalah guna untuk menapis mesej politik atau kebebasan bersuara yang lain. 
– AFP/KOSMO ONLINE

Kategori