• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Empat Remaja Ditahan Dipercayai Rogol Budak 10 Tahun

oleh Cj Mnh
13/09/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ARAU – Perkenalan antara seorang murid tahun empat bersama seorang remaja melalui aplikasi WhatsApp kira-kira empat bulan lalu, bertukar menjadi detik hitam kepadanya selepas dipercayai dirogol secara bergilir-gilir bersama tiga lagi yang lain di sebuah rumah di Taman Bersatu di sini, pada 2 September lalu.

Mangsa yang berusia 10 tahun, melakukan perbuatan keji itu bersama empat orang yang berusia antara 15 dan 20 tahun.

Dia kemudian membuat laporan polis mengenai kejadian itu semalam.

Berikutan itu, kesemua suspek telah direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 375B Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintenden Nanda Maarof berkata, hasil siasatan mendapati mangsa mengaku telah melakukan hubungan seks bersama empat suspek tersebut.

Katanya, pada hari kejadian, mangsa dikatakan telah keluar bersama tiga orang suspek dengan menaiki motosikal ke rumah terbabit, kira-kira pukul 2.30 pagi.

“Di situ terdapat seorang lagi suspek. Mangsa kemudian melakukan seks bersama empat suspek tersebut secara bergilir-gilir di dalam bilik.

“Mangsa lewat membuat laporan polis kerana ingin menyembunyikan perkara ini, namun guru sekolah telah berjaya ‘menghidu’ kejadian itu.

“Mangsa lalu mengaku sebelum guru berkenaan menghubungi ibu bapa murid itu,” katanya di sini hari ini.

Tambah Nanda, mangsa mula mengenali salah seorang suspek tersebut pada Mei lalu melalui aplikasi WhatsApp.

“Kemudian mangsa mula mengenali seorang lagi suspek menerusi rakan yang dikenali melalui WhatsApp itu. Bagaimanapun mangsa memaklumkan tidak mengenali dua lagi suspek lain,” katanya.

Kata Nanda lagi, pihaknya kini masih menunggu hasil pemeriksaan oleh pegawai perubatan Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini, berhubung kejadian rogol berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Tags: kanak-kanakkes rogol
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd