• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dyson Berminat Bawa Pelaburan Baharu Ke Malaysia

oleh
25/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Sir James Dyson, inovator British tersohor, menunjukkan minat untuk membawa pelaburan baharu ke Malaysia dan meningkatkan tahap kebolehan jurutera Malaysia melalui pelaburannya, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir berkata Dyson yang sudah mempunyai pelaburan di Malaysia dengan kemudahannya terletak di Johor menggunakan jumlah jurutera yang ramai.

“Kalau dia (Dyson) teruskan dia punya pelaburan di Malaysia kita dapat kurangkan jumlah penganggur yang belajar ke peringkat PhD,”katanya yang ditemui selepas melawat Imperial College London pada Isnin.

Di universiti terkemuka itu, Dr Mahathir sempat bertemu Dyson yang menunjukkan minat untuk membawa pelaburan baharu ke Malaysia.

Dr Mahathir berkata kerajaan akan berusaha menukar dasar yang ‘menyekat’ supaya Dyson lebih tertarik untuk melabur di Malaysia.

“Kita akan (pujuk) dia (untuk terus melabur),”katanya.

Mengenai lawatannya ke Imperial College London itu, Dr Mahathir berkata beliau tertarik dengan bidang automatif yang diusahakan universiti berkenaan yang berusaha menambah kecekapan enjin dan terlibat dalam pembangunan kenderaan elektrik. – BERNAMA

Tags: Mahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd