• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dulu Tuduh Jual Negara, Sekarang Mahu Pujuk China

oleh Haris
13/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELEPAS menuduh kerajaan sebelum ini menjual kedaulatan kepada China, menteri kerajaan Pakatan Harapan dalam lawatan ke China hari ini cuba mengambil hati negara itu dengan mengatakan yang Belt and Road Initiative (BRI) akan membuka lebih banyak peluang kepada pelabur.

Mungkin selepas Beijing dilihat akan mengenakan beberapa langkah untuk membalas tindakan Malaysia membatalkan projek infrastruktur China, kerajaan sekarang ini mula menunjukkan seperti memandang positif projek tersebut.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Ong Kian Ming hari ini berkata Malaysia tidak ada niat untuk menolak BRI dan akan terus mengukuhkan kerjasama dengan China, kuasa ekonomi kedua terbesar dunia.

Kali ini, Ong berkata pendekatan kerajaan baharu disalahertikan ekoran beberapa keputusan membatalkan projek oleh syarikat China.

Kata-kata ini jelas sekadar memujuk dan mahu mengelakkan tindakan daripada kerajaan China, sedangkan sebelumnya China dituduh memerangkap Malaysia dengan hutang.

Ini juga dijelaskan oleh sikap Amerika Syarikat yang gembira dengan kerajaan baharu Malaysia dan memuji langkah menamatkan projek China.

Ada yang mengatakan kerajaan baharu mengambil pendekatan berhati-hati dan mahu mengelakkan China daripada malu kerana ditolak dari Malaysia.

Hakikatnya, Malaysia berada di tengah-tengah persaingan geopolitik China dengan AS, dan kemenangan Pakatan Harapan telah menjejaskan projek penting China.

Apapun jawapan diberikan kepada China, kerajaan PH sebenarnya mengambil langkah yang merugikan China dan alasan akan bankrap amat tidak meyakinkan.

Sebagai kempen pilihan raya, dakwaan menjual negara dan risiko bankrap atau diperangkap dengan hutang ialah skrip yang direka. – Mynewshub.tv

Tags: ChinaDr Ong Kian Ming
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Letak Jawatan Kabinet Boleh Akibatkan PRU Lebih Awal

DAP Letak Jawatan Kabinet Boleh Akibatkan PRU Lebih Awal

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Tindakan pemimpin DAP meletak jawatan sebagai anggota Kabinet akan memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) untuk menarik...

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd