Monday, December 9, 2024

Creating liberating content

Bayi 18 Bulan Dirogol...

SEORANG bayi berusia 18 bulan terpaksa dirawat di unit rawatan rapi (ICU) di...

Murid Kantoi Guna Robot...

SHANGHAI - Wajarkah seorang murid menggunakan mesin untuk menyudahkan kerja sekolah yang diberikan...

Graduan TVET Perlu Capai...

ARAU - Kualiti graduan sistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) harus...

Almy Nadia Alah Makanan...

PASTINYA pasangan pelakon Almy Nadia dan suaminya, Fizz Fairuz dah tak sabar menghitung...

Dua Rekod Sukma Lebur Di Pusat Akuatik Tuanku Zara

IPOH – Perenang Melaka, Foong Wei Tze dan Tia’a Faang Der dari Johor mempamerkan aksi bertenaga untuk meleburkan dua rekod Sukan Malaysia (Sukma) di Pusat Akuatik Tuanku Zara di sini, malam ini.

Wei Tze memecahkan rekod acara 50 meter (m) kuak dada lelaki pada Sukma ke-19 dengan catatan masa 28.86 saat (s) mengatasi catatan masa 29.31s milik perenang Selangor, Shaun Yap Kah Choon pada edisi lepas di Sarawak.

Pingat perak dan gangsa masing-masing menjadi milik Ng Jing Fu dari Selangor (29.64s) dan Adam Afif Faizal dari Wilayah Persekutuan (30.17s).

“Ketika sesi memanaskan badan saya agak yakin dapat memecahkan rekod hari ini kerana ia jarak 50m. Ini merupakan acara dan Sukma terakhir saya jadi ia sesuatu yang sangat baik,” kata atlet yang berasal dari Ayer Keroh itu ketika ditemui pemberita.

Pada penampilan terakhirnya dalam temasya Sukma kali ini, Wei Tze turut meraih satu pingat emas dan satu pingat perak bagi acara 200m gaya bebas lelaki.


Sementara itu, Faang Der pula memperbaharui rekod temasya Sukma miliknya dalam acara 200m kuak kupu-kupu lelaki dengan masa 2:02.30s mengatasi catatan terdahulu 2:02.93s pada edisi dua tahun lepas di Sarawak.

Pingat perak acara itu dimenangi Zheng Yong dari Melaka dengan masa 2:05.63s manakala pingat gangsa menjadi milik Koh Teck Chen dari Wilayah Persekutuan dengan 2:06.06s.

Pada Isnin lepas, perenang berusia 20 tahun itu melakar kejayaan dengan mencipta rekod baharu kebangsaan dalam acara 400m rampaian individu lelaki dengan catatan masa 4:30:48s mengatasi catatan milik Sebastian Soon dari Kuala Lumpur iaitu 4:30.85s pada kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN pada Julai.

Kejayaan itu turut memadam rekod Sukma 4:34.14s berusia 16 tahun milik perenang dari Sarawak, Die Uang Manggan pada 2002 di Sabah. – BERNAMA

Kategori