• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dr Mahathir Akan Sampaikan Ucapan Khas Pada CEPSI 2018

oleh
17/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka menyampaikan ucapan khas pada Persidangan Industri Bekalan Tenaga Elektrik (CEPSI) 2018, esok.

Menurut Tenaga Nasional Bhd (TNB), persidangan dwitahunan itu yang bermula esok sehingga Khamis akan dihadiri hampir 2,000 perwakilan, adalah persidangan tenaga dan bekalan elektrik terbesar yang pernah dianjurkan di Malaysia.

“Dr Mahathir, yang menjadi tetamu kehormat ketika kali terakhir Malaysia/TNB menganjurkan CEPSI pada 1996, akan menyampaikan ucapan khas pada persidangan tahunan edisi ke-22 CEPSI pada tengah hari Selasa.

“Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif TNB Datuk Seri Ir Azman Mohd akan menyampaikan ucapan alu-aluan pada pagi Selasa sebelum Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar Yeo Bee Yin menymapaikan ucaptama pada perasmian persidangan itu,” kata TNB dalam kenyataan hari ini.

Bertemakan “Imaginasikan Semula Kemudahan Masa Depan”, persidangan itu akan menampilkan 17 penceramah berprofil tinggi untuk berkongsi pendapat dan pengetahuan berkaitan isu tenaga dan membincangkan amalan terbaik terhadap isu penting seperti trend dan perubahan global, kemudahan masa depan, kelestarian, inovasi serta masa depan pintar bagi industri bekalan elektrik.

TNB berkata kira-kira 550 kertas kerja teknikal, lima sesi ucaptama dan 100 pempamer, CEPSI 2018 bakal menjana perbincangan membina dan mewujudkan rangkaian bermakna dalam kalangan perwakilan daripada lebih 30 negara. – BERNAMA

Tags: Mahathir Mohamad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd