• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dipenjara Seumur Hidup Rancang Bunuh PM Britain

oleh
01/09/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Seorang lelaki Britain dijatuhi hukuman penjara seumur hidup semalam berhubung plot membunuh Perdana Menteri, Theresa May, dengan meletupkan peranti letupan pada awalnya untuk memasuki pejabat beliau di Downing Street dan kemudian menggunakan pisau atau senjata untuk menyerangnya.

Naa’imur Rahman, 21, dari utara London, merancang meletupkan peranti di pagar Downing Street yang dikawal ketat dan memasuki pejabat May dan membunuhnya, menurut polis.

Beliau disabitkan bersalah bulan lalu atas tuduhan bersedia melakukan tindakan keganasan dan mahkamah Old Bailey, semalam menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan akan dipenjarakan selama 30 tahun.

“Sasaran Rahman ialah perdana menteri tetapi tidak kisah membunuh orang lain dalam proses mendapatkan May.

“Pada satu ketika, beliau memberitahu pegawai antikeganasan yang sudah memeluk Islam bahawa jika tidak dapat menyerang May, beliau cuma mahu menimbulkan kebimbangan orang ramai,” kata Penyelaras Kanan Antikeganasan United Kingdon, Dean Haydon.

Ketika merancang, Rahman percaya beliau berhubung atas talian dengan anggota militan Daesh.

Namun sebenarnya dia bercakap dengan pegawai Biro Siasatan Persekutuan (FBI) yang menyamar dan agensi perisikan domestik Britain, MI5.

Dia ditahan November lalu sejurus selepas bertemu pegawai menyamar dan mengumpulkan apa yang dipercayainya bom buatan sendiri tetapi sebenarnya replika tidak berbahaya. — Reuters

Tags: rancang bunuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd