Thursday, December 7, 2023

Creating liberating content

PPBM Dalam Pakatan Harapan...

GEORGE TOWN - Penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam Pakatan Harapan (PH)...

Sistem Online AirAsia Tergendala...

KUALA LUMPUR - Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia Berhad (AirAsia) membuat permohonan maaf...

Kes Covid-19 Seluruh Dunia...

NEW YORK - Kes Covid-19 di seluruh dunia pada Ahad sudah melepasi 50...

5 Lelaki Ditahan, Polis...

GEORGE TOWN - Polis menahan lima lelaki disyaki anggota sindiket dadah di Pulau...

Digantung Tugas Kerana Baik Tak Bertempat

TORONTO – Pengadil perlawanan dari Sweden yang memberi kata rangsangan kepada pemain Australia, Nick Kyrgios ketika aksi Terbuka Amerika Syarikat tahun ini digantung tanpa sebarang gaji selama dua minggu, kata Jelajah ATP.

Mohamed Lahyani turun daripada kerusi pengadil untuk memberikan kata rangsangan kepada Kyrgios, yang ketika itu berada di gelanggang bertemu pemain Perancis, Pierre-Hugues Herbert untuk aksi pusingan kedua di New York, tiga minggu lalu.

Pengadil itu memberikan isyarat dan memberitahu Kyrgios – seorang pemain yang didenda ATP sebelum ini kerana kurang menunjukkan daya saing dengan memberitahunya w mahu membantu kamu’ dan ‘saya sudah melihat perlawanan kamu: kamu seorang yang hebat dalam tenis… saya tahu ini bukan kamu.”

Tahap permainan Kyrgios meningkat mendadak selepas insiden berkenaan dan meraih kemenangan dalam empat set permainan.

Seorang pegawai dalaman ATP memutuskan tindakan Lahyani itu sudah menjejaskan kriteria sebagai pegawai perlawanan.

“Mohamed adalah seorang pegawai bertaraf dunia dan amat dihormati. Namun, tindakannya ketika perlawanan melangkaui batasan sebagai seorang pengadil,” kata Naib Presiden Eksekutif Peraturan dan Pertandingan ATP, Gayle David Bradshaw dalam satu kenyataan.


“Meskipun berniat baik, tindakannya amat dikesali dan tidak boleh berlaku tanpa tindakan disiplin di Jelajah kami sendiri.”

“Kami tahu yang dia akan belajar daripada pengalaman ini dan kami menantikan kemunculannya semula pada Oktober.”

Lahyani, yang dijadual memikul tugasan di Terbuka China dan Shanghai Masters, dijadual kembali berada di kerusi pengadil di Terbuka Stockholm, 15 higga 21 Oktober ini.

Biarpun insiden itu berlaku pada kejohanan yang berada di bawah pengurusan Persatuan Tenis Amerika Syarikat, namun ia masih boleh dikenakan tindakan disiplin ATP kerana Lahyani adalah pengadil tetap ATP.- AFP

Kategori