• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dera: Pusat Tahfiz Sah Tidak Berdaftar Dengan JAIP

oleh
04/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Pusat tahfiz yang merupakan lokasi kejadian seorang kanak-kanak dicucuh api dan diugut akan dipotong kemaluannya dengan menggunakan gunting rumput disahkan beroperasi tanpa lesen daripada Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).

Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Pahang Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin berkata pusat tahfiz itu sekadar berdaftar dengan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK).

“Pusat itu berdaftar dengan MPK sebagai pusat asuhan dan telah beroperasi sejak empat tahun lalu, diuruskan secara persendirian termasuk dalam soal silibus pembelajaran serta tidak menerima bantuan kewangan daripada mana-mana pihak.

“Setakat ini, terdapat sembilan pelajar berusia antara lapan hingga 17 tahun di sini yang dikenakan bayaran sebanyak RM250 sebulan meliputi bayaran makan dan tempat tinggal,” katanya kepada pemberita selepas mengunjungi pusat tahfiz di sini, hari ini.

Shahaniza berkata beliau dimaklumkan JAIP juga sedang menyiasat kelayakan tenaga pengajar pusat tahfiz di Jalan Tengku Muhammad di sini, untuk mengajar memandangkan semua pelajarnya tidak ke sekolah harian.

​​​​​​​Mengulas mengenai pertemuannya dengan mangsa yang berusia lapan tahun, Shahaniza berkata kanak-kanak itu tidak menunjukkan tanda-tanda trauma dengan kejadian itu, sebaliknya beranggapan ia adalah hukuman kepadanya.

“Kanak-kanak itu mengatakan dia tidak lagi kencing merata-rata atau di atas tilam kerana hukuman itu menjadikannya lebih berdisiplin. Bapa kanak-kanak itu juga mengakui dia tahu mengenai kejadian.

“Katanya, dia telah ditunjukkan dengan video itu terlebih dahulu sebelum ia menjadi viral. Malah, bapa kanak-kanak itu masih menghantar anaknya tinggal di sini, walaupun telah dinasihatkan untuk mengambil anaknya pulang,” katanya.

Pada Ahad lalu, media melaporkan penahanan pentadbir pusat tahfiz berkenaan yang dipanggil sebagai ummi dan walid bagi membantu siasatan mendera mangsa ekoran penularan video itu di laman sosial.

Shahaniza juga menasihatkan semua pusat tahfiz di Pahang untuk mendaftar dengan pihak berkuasa bagi menjamin keselamatan dan kebajikan kanak-kanak selain memastikan mereka mendapat pendidikan yang sempurna.

“Walaupun pembelajaran yang utama adalah bidang agama, pusat tahfiz juga perlu memastikan pelajar tidak ketinggalan dari segi akademik demi masa depan kanak-kanak ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: tahfiz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

NGO Desak KP Pendidikan Tinggi Mohon Maaf Kepada Institusi Tahfiz

NGO Desak KP Pendidikan Tinggi Mohon Maaf Kepada Institusi Tahfiz

15/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) mendesak Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi menarik balik kenyataan yang didakwa mengelirukan berhubung kedudukan...

Jangan Sempitkan Isu UEC, Lihat Juga Sekolah Tahfiz – Wan Mahussin

Jangan Sempitkan Isu UEC, Lihat Juga Sekolah Tahfiz – Wan Mahussin

15/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Pemuda UMNO Jeli, Wan Mahussin Wan Zain mendakwa isu kemasukan lulusan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd