• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Debudu: Budu Dalam Bentuk Serbuk

oleh Ahmad Albab
12/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERUS – Budu lazimnya dinikmati dalam bentuk sos, tetapi kini makanan tradisional masyarakat di Pantai Timur Semenanjung itu boleh didapati dalam bentuk serbuk.

Budu serbuk atau ‘Debudu’ merupakan inovasi sekumpulan penyelidik dari Pusat Pengajian Sains dan Teknologi Makanan (PPTSM) Universiti Malaysia Terengganu (UMT), dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perikanan Malaysia (FRIM), yang mengambil inisiatif itu dengan matlamat untuk menembusi pasaran antarabangsa.

Ketua penyelidik Dr Fisal Ahmad berkata kaedah pembungkusan sedia ada menjadi halangan untuk budu menembusi pasaran luar negara ekoran sos ikan bilis itu berbentuk cecair dan mempunyai aroma yang sangat kuat.

“Inovasi budu dalam bentuk serbuk mempunyai banyak kelebihan dan sesuai untuk tujuan komersial kerana cirinya yang lebih ringan, tahan lama, mudah dibawa, menjimatkan ruang dan kos serta kegunaan yang pelbagai.

“Pengguna hanya perlu melarutkan kembali serbuk budu ke dalam bekas menggunakan air kosong dan ia akan kembali seperti keadaan cecair asal tanpa ada perubahan warna serta rasa,” katanya kepada Bernama.

Katanya pasukannya mengambil masa enam bulan untuk menjalankan kajian dengan sokongan dana sebanyak RM100,000 daripada Jabatan Perikanan Malaysia.

Menurut Fisal, teknik penghasilan budu serbuk sama seperti susu tepung iaitu menggunakan mesin Ultra Sonic Spray Dried.

“Apa yang berlaku ialah larutan budu ditapis dan dicampur dengan maltodektri, iaitu sejenis bahan yang boleh mengekalkan perisa dan membantu pembentukan pepejal serbuk budu semasa proses pengeringan berlaku. Larutan tersebut akan disedut masuk melalui bahagian kepala semburan mesin yang akan menukar cecair tadi kepada bentuk semburan halus,” katanya.

Kerja keras kumpulan ini membolehkan mereka menggondol beberapa anugerah iaitu pingat perak pada Konvensyen Antarabangsa, Pameran Inovasi dan Teknologi (ITEX) 2009, pingat emas Pameran BioMalaysia KLCC dan tempat pertama Pertandingan Inovasi Kebangsaan Melalui Pameran 2018, menerusi produk Debudu yang diinovasi dalam bentuk serbuk perasa.

Pada masa ini, UMT sedang mencari syarikat atau agensi yang berminat untuk mengkomersialkan produk Debudu ke pasaran tempatan dan luar negara dalam usaha memartabatkan makanan tradisional masyarakat Pantai Timur itu.

“Produk Debudu telah dihasilkan pada 2009, tetapi usaha memasarkannya terhenti seketika kerana saya melanjutkan pelajaran ke luar negara manakala anggota yang lain sibuk dengan komitmen sebagai pensyarah dan sebagainya.

“Bagaimanapun kami ingin memajukan kembali produk ini supaya ia dapat menembusi pasaran luar sekali gus membantu melonjakkan ekonomi masyarakat tempatan yang terlibat dalam industri perikanan,” katanya.

Fisal berkata produk Debudu dihasilkan dalam tiga variasi iaitu perasa asli, perasa tambahan (cili dan bawang) serta serbuk perasa yang sangat lazat jika digunakan bersama daging burger dan masakan yang dipanggang atau dibakar.- BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: budumakanan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Guru Tadika Dijel Kerana Letak Detergen, Ubat Nyamuk Dalam Makanan Murid

Guru Tadika Dijel Kerana Letak Detergen, Ubat Nyamuk Dalam Makanan Murid

19/02/2023
0

SEOUL – Seorang bekas guru tadika dijatuhi hukuman penjara empat tahun kerana meletakkan detergen dan bahan penghalau nyamuk ke dalam...

Dunia Kehabisan Makanan Tahun 2050

25/04/2022
0

WASHINGTON – Saintis-saintis memberi amaran bahawa dunia diramal kehabisan makanan dalam tempoh 27 tahun akan datang, lapor akhbar Daily Star...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd