• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DBKL Tubuh Jawatankuasa Tangani Isu Penjaja Warga Asing

oleh Ahmad Albab
20/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menangani isu penjaja warga asing yang semakin berleluasa di sekitar ibu kota.

Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosioekonomi DBKL, Datuk Ibrahim Yusoff berkata jawatankuasa khas itu akan dianggotai oleh beberapa agensi penguatkuasaan seperti Jabatan Imigresen, Polis Diraja Malaysia, dan Angkatan Tentera Malaysia.

Katanya DBKL yang mengetuai jawatankuasa itu turut akan bekerjasama dengan Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) bagi pengesahan kad pelarian dalam kalangan Rohingya.

“Isu warga asing yang menjalankan perniagaan di bawah lesen warga tempatan semakin berleluasa kerana mereka sanggup dibayar gaji sedikit berbanding dengan pekerja tempatan yang mahukan gaji lebih tinggi.

“Bidang kuasa kami hanyalah menyita barangan dan menggantung lesen perniagaan namun operasi penangkapan adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Imigresen dan PDRM, jadi kerjasama antara agensi-agensi tersebut adalah penting bagi menangani isu itu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perbarisan Penguatkuasaan DBKL ke-49 di sini, hari ini.

Katanya sebanyak 3,269 penjaja warga asing telah ditahan menerusi operasi penguatkuasaan secara berterusan dari Januari hingga Ogos lepas.

“Sebanyak 30 siri Operasi Tegas (Ops Tegas) telah diadakan dengan 271 barangan penjaja warga asing telah disita, 13 struktur penjaja diroboh dan 167 orang warga asing ditangkap untuk tindakan Jabatan Imigresen.

“Bagi pasar-pasar awam pula sebanyak 71 penjaja warga asing telah disita, kesemua sitaan itu adalah dilakukan mengikut Undang-Undang Kecil 3 (1) Perlesenan Penjaja dan Gerai (Wilayah Persekutuan),” katanya.

Katanya daripada jumlah tersebut, pemilik lesen penjaja boleh dikenakan tindakan pembatalan kerana menggajikan warga asing sebagai pekerja.

“DBKL tidak pernah mengeluarkan apa-apa kebenaran atau lesen penjaja kepada warga asing dan penjaja juga dilarang sama sekali melantik pembantu yang terdiri daripada warga asing,” katanya. – BERNAMA

Tags: DBKLwarga asing
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan khas terhadap penjaja warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa...

Lebih Banyak Program Boleh Dibanggakan Seperti Festival Rain Rave Akan Diadakan – Menteri

Lebih Banyak Program Boleh Dibanggakan Seperti Festival Rain Rave Akan Diadakan – Menteri

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Lebih banyak program seperti Festival Muzik Air Rain Rave 2026 yang boleh dibanggakan dan dinikmati bersama akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd