• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DBKL Boleh Teruskan 43 Transaksi Tanah – Khalid

oleh
13/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR — Jawatankuasa khas Kementerian Wilayah telah mengesyorkan sebanyak 43 daripada 97 transaksi tanah diteruskan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), kata Menteri berkenaan Khalid Abdul Samad.

Selain itu, beliau berkata 10 transaksi telah dibatalkan; 23 ditangguhkan dan masih dalam rundingan manakala satu transaksi telah dibawa ke mahkamah.

Katanya sebanyak 20 lagi transaksi tanah yang telah selesai dipindah milik kepada syarikat disyorkan untuk siasatan lanjut oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

“Daripada 23 transaksi tanah yang ditangguhkan itu, 13 merupakan projek RUMAWIP (Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan).

“Jumlah keluasan tanah bagi kesemua 97 transaksi adalah 675.27 ekar (1 ekar=0.4 hektar) iaitu meliputi 1.1 peratus daripada keluasan seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,” katanya pada satu sidang media di sini, hari ini.

Sebelum ini, Anggota Parlimen Kepong Lim Lip Eng membuat laporan meminta SPRM menyiasat segera kes penjualan 64 bidang tanah pada harga RM4.28 bilion kepada Yayasan Wilayah Persekutuan pada 2013 melibatkan bekas menterinya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Khalid berkata laporan jawatankuasa khas yang ditubuhkan pada 31 Julai bagi menyiasat isu 64 tanah berkenaan telah diserahkan kepada SPRM pada 4 Sept lalu untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Khalid berkata bazar Deepavali yang bermula pada 1 Okt dibenarkan beroperasi buat kali terakhir di Masjid India pada tahun ini ekoran rayuan daripada beberapa pihak termasuk persatuan-persatuan penjaja yang mahu menjalankan perniagaan bersempena perayaan itu.

“Namun kami mengehadkan 100 tapak sahaja dibenarkan iaitu di sekitar kawasan sekitar Semua House hingga ke hadapan Maybank Masjid India sahaja,” katanya.

Pada 26 Jun lalu, DBKL memutuskan menghentikan bazar perayaan selepas mendapat aduan daripada pelbagai pihak sejak 2016, yang meminta DBKL memindahkan bazar tersebut ke lokasi lain kerana menghalang laluan masuk ke Wisma Yakin.

Dalam perkembangan lain, Khalid berkata jawatan Datuk Bandar Kuala Lumpur dan Lembaga Penasihat DBKL baharu akan diumumkan pada minggu depan.

“Kami mengemukakan sebanyak tiga calon Datuk Bandar kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk dimuktamadkan dan kami akan mengumumkannya bersama dengan senarai Lembaga Penasihat DBKL pada minggu depan,” katanya.

Pada 3 Sept lalu, Khalid mengesahkan beliau menerima surat peletakan jawatan daripada Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Mhd Amin Nordin Abd Aziz. – BERNAMA

Tags: Khalid Abdul Samad
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PAS Bagi Laluan UMNO Bertanding Di PRK Port Dickson

Next Post

‘Bolt Lebih Sesuai Beraksi Di Posisi Pertahanan’ – Vicente

Related Posts

6 Ahli Parlimen KL Dilantik Anggota Majlis Menteri

30/05/2019
0

PUTRAJAYA - Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad mengumumkan pelantikan enam Ahli Parlimen di Kuala Lumpur sebagai anggota Majlis Menteri...

Pelaburan Qatar Diintai Bagi Projek Kereta Nasional Ketiga

18/12/2018
0

KUALA LUMPUR – Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad hari ini menjelaskan bahawa pihak yang berpotensi untuk melabur dalam projek...

Next Post

'Bolt Lebih Sesuai Beraksi Di Posisi Pertahanan' - Vicente

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd