• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Datuk Seri’ Dilepas Tanpa Bebas Dakwaan Pukul, Serang Rela

oleh
07/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini melepas tanpa membebaskan seorang ahli perniagaan yang mendakwa dirinya ‘Datuk Seri’ daripada dua tuduhan iaitu mencedera dan menyerang seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang sedang menjalankan tugas, tahun lepas.

Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Norhashimah Hashim memaklumkan bahawa seorang daripada tiga mangsa dalam kes itu telah menarik balik laporan polis terhadap Liow Soon Hee, 30.

Norhashimah berkata penarikan laporan itu berikutan mangsa, yang juga pengadu dalam kes itu Melvin Cheong Mun Khai, 22, telah memaafkan tertuduh.

“Hari ini ditetapkan untuk perbicaraan bagi kesemua empat pertuduhan, namun setelah meneliti rakaman percakapan lanjut mangsa yang bernama Melvin, terutama keterangan mangsa yang memaafkan tertuduh, arahan adalah untuk mahkamah memberikan perintah melepas tanpa membebaskan tertuduh bagi kes menyebabkan cedera ke atas mangsa dan menyerang penjawat awam iaitu mangsa melakukan tugasnya,” katanya.

Peguam Datuk Rajpal Singh yang mewakili tertuduh, bagaimanapun memohon mahkamah melepas tanpa membebaskan anak guamnya daripada kesemua empat pertuduhan dengan alasan Melvin adalah pengadu bagi kesemua pertuduhan itu.

Mohamad Firdaus kemudian berkata mahkamah membenarkan permohonan untuk melepas tanpa membebaskan Melvin daripada dua pertuduhan itu, namun perlu mengambil kira terdapat dua lagi mangsa terlibat yang mahu meneruskan kes.

Dengan keputusan mahkamah itu, tertuduh kini hanya berdepan dua tuduhan iaitu menyebabkan cedera ke atas dua lagi mangsa.

Prosiding hari ini diteruskan dengan perbicaraan memanggil saksi pertama iaitu jurufoto dan perbicaraan bersambung 9 Nov ini.

Liow sebelum ini mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan iaitu tiga pertuduhan menyebabkan cedera dan satu tuduhan menyerang penjawat awam ke atas tiga anggota Rela yang sedang bertugas di sebuah tokong di Kampung Baru Ampang, di sini.

Dia didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera ke atas Melvin, Lee Weng Poh, 28, dan Leong Jun Jie, 22, di perkarangan Tokong Kou Ong Yah, Jalan Merdeka, Kampung Baru Ampang, di sini pada 6.30 pagi, 27 Okt 2017.

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Lelaki itu turut didakwa dengan niat menyerang penjawat awam, iaitu Melvin, yang sedang menjalankan tugasnya sebagai anggota RELA di tempat, waktu dan tarikh sama mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sementara itu ketika ditemui di luar mahkamah, Pengarah Bahagian Operasi Rela Muhamad Razib Buhaini berkata keputusan menarik balik laporan polis itu adalah keputusan mangsa sendiri dan tidak melibatkan jabatan Rela mahupun pihak lain. – BERNAMA

Tags: RELA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

BNM Keluarkan Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun RELA Ke-50

BNM Keluarkan Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun RELA Ke-50

23/12/2022
1

PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan duit syiling peringatan bersempena dengan sambutan ulang tahun Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang...

Rela Siasat Pendaftaran Keanggotaan

15/06/2021
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) akan mengambil tindakan sewajarnya untuk menjalankan siasatan dalaman selepas tular pendaftaran automatik dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd