• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dasar Utama Negara Akan Dikaji Semula – Azmin

oleh
07/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dasar utama negara akan dikaji semula bagi memastikan pembangunan ekonomi mampan serta agihan yang saksama, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata sektor perkhdimatan dan pembuatan Malaysia yang dinamik terus menarik pelaburan dari syarikat global, dan oleh itu dasar negara perlu ditambah baik.

“Pembaharuan ekonomi perlu untuk terus memastikan Malaysia segar dan cergas, dan berkembang menjadi kuasa ekonomi serantau.

“Memandangkan kita menguasai bahagian ekonomi yang lebih besar, kami akan memastikan semua rakyat Malaysia memperoleh manfaat daripada pertumbuhan ini,” katanya pada sesi makan tengah hari Aspirasi Ekonomi Malaysia di ASEAN, yang berlangsung sempena Persidangan Perniagaan Selangor ASEAN 2018 kedua di sini hari ini.

Mohamed Azmin berkata ekoran konflik perdagangan Amerika Syarikat-China, Malaysia menyaksikan peningkatan minat daripada perniagaan ASEAN, yang melihat negara itu sebagai lokasi pelaburan yang ideal untuk menjadi penampan bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang akan datang.

Oleh itu, menerusi pembaharuan tersebut, Malaysia akan dapat memperbaiki institusi dan infrastrukturnya, serta mengukuhkan kemahiran tenaga buruh, katanya.

Dalam tempoh Januari-Julai 2018, Mohamed Azmin berkata Malaysia mengeksport barangan bernilai RM162 bilion kepada negara anggota ASEAN, yang mewakili 28 peratus daripada keseluruhan eksportnya.

Malaysia juga mengimport produk bernilai RM127 bilion dari ASEAN, menyumbang satu perempat daripada jumlah import

“Tidak dinafikan bahawa Malaysia komited dengan ASEAN, dan terdapat banyak potensi yang belum diteroka untuk mengembangkan eksport negara ke pasaran yang besar di Vietnam, Indonesia dan Filipina,” katanya.

Mohamed Azmin berkata semua dasar, arahan dan inisiatif baharu yang diterajui oleh kerajaan Pakatan Harapan akan dibincangkan dan dibahaskan dalam sesi Parlimen pada Oktober apabila parti gabungan itu membentangkan kajian semula separuh penggal. – BERNAMA

Tags: Azmin Ali
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PM Nafi Tak Ambil Tindakan Terhadap Pemimpin Terdahulu

Next Post

PROTON SUV X70 Boleh Ditempah Mulai Esok

Related Posts

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

25/07/2023
0

KUALA LUMPUR : Perikatan Nasional (PN) yakin mampu memperoleh sekurang-kurangnya 33 kerusi di Selangor, sekali gus merampas tampuk pentadbiran negeri...

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah Pada BERSATU Tak Ganggu Persiapan PRN

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah Pada BERSATU Tak Ganggu Persiapan PRN

21/02/2023
0

Ketua Penerangan PN Mohamed Azmin Ali yakin pendakwaan rasuah melibatkan kepimpinan Bersatu tidak akan mengganggu persiapan pilihan raya negeri (PRN)...

Next Post

PROTON SUV X70 Boleh Ditempah Mulai Esok

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd