• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cubaan Seludup Haiwan Eksotik Dipatahkan

oleh Ahmad Albab
22/09/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA PERLIS – Kastam Marin Kuala Perlis mematahkan cubaan menyeludup lapan spesis haiwan eksotik terlarang berjumlah 80 ekor termasuk dua ekor anak orang utan setelah menahan sebuah tongkang dari Indonesia di perairan Malaysia antara Pulau Langkawi dan Kuala Perlis, awal pagi semalam.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk T. Subromaniam berkata tiga lelaki rakyat Indonesia termasuk kapten tongkang itu yang berumur dalam lingkungan 40-an hingga 50 tahun ditahan pada kira-kira pukul 12.25 pagi (21 Sept).

Beliau berkata haiwan eksotik itu dipercayai diseludup dari Indonesia, masing-masing dua ekor anak Orang Utan, anak musang albino, burung cenderawasih, burung alba cockatoo, burung electus parrot, 21 ekor burung bayan nuri, seekor burung kuang betina dan 48 ekor anak buaya tembaga.

Selain itu juga terdapat 355 ekor tupai sugar glider, bukan daripada spesis terlarang.

“Kejayaan itu juga hasil Operasi Patroli Terkoordinasi Kastam Malaysia Indonesia (Patkor Kastima) dan Operasi Eagle yang membuat rondaan di perairan Malaysia/Thailand,” kata Subromaniam dalam sidang media di pejabat Kastam Kuala Perlis di sini, hari ini.

Menurutnya, pasukan Marin yang memeriksa tongkang KM Mahligai dari Sumatera menemui 39 kotak mengandungi haiwan itu lalu menahan mereka beserta tongkang.

“Bagi kami (Kastam), haiwan ini sebenarnya tidak boleh dinilai dengan wang ringgit lebih-lebih lagi yang belum cukup matang mempunyai nilai sangat tinggi,” katanya dan menambah kes itu diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Perlis (Perhilitan) untuk tindakan lanjut.

Subromaniam berkata kedua-dua ekor anak Orang Utan berada dalam keadaan stres semasa ditemui mungkin kerana masa perjalanan tiga hari dua malam dari Sumatera.

Jabatan Kastam akan bekerjasama dengan Perhilitan menyiasat kes itu yang kemungkinan membabitkan sindiket, katanya.

Beliau berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 135(1€ Akta Kastam 1967 dan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).

Mengenai kes keracunan arak yang mengorbankan 29 orang sehingga semalam, Subromaniam berkata pihaknya bekerjasama dengan polis melancarkan operasi membanteras penjualan arak haram di seluruh negara. – BERNAMA

.

Tags: haiwan liarKastam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

27/11/2025
0

Kuala Lumpur: Enam kontena yang mengandungi minuman keras disyaki diseludup ditemui ketika serbuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terhadap sebuah...

Kastam Rampas 545.35kg Ganja Bernilai RM1.69 Juta

Kastam Rampas 545.35kg Ganja Bernilai RM1.69 Juta

20/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas ganja bernilai RM1.69 juta yang ditinggalkan di pesisir pantai Kuala Perlis, Perlis,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd