• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

CSI Lahir 300 Banduan Berkemahiran Di Kedah

oleh Cj Mnh
18/09/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Lebih 300 banduan berjaya mendapat latihan kemahiran menerusi program jalinan kerjasama Corporate Smart Internship (CSI) dengan syarikat swasta sejak dilancarkan pada 2016.

Pengarah Penjara negeri, Mohd. Sabri Yaacob berkata, inisiatif itu mendapat kerjasama daripada kilang pemprosesan keluli di Sungai Petani iaitu Lypometal Sdn. Bhd.

Menurutnya, program tersebut dijalankan sebagai persediaan kepada banduan termasuk Orang Diselia (ODS) dan Orang Diparol (ODP) dengan pelbagai kemahiran sebelum dibebaskan sepenuhnya.

“Terdapat dua kategori iaitu banduan yang telah bebas menerusi parol dan satu lagi adalah banduan yang masih menjalani hukuman di Pusat Reintegrasi Penghuni sebelum ditempatkan di kilang tersebut.

“Antara kriteria pemilihan adalah banduan berkelakuan baik selain melepasi proses saringan dan temuduga yang ketat,” katanya pada sidang akhbar Majlis Penyerahan dan Penerimaan tugas Pengarah Penjara Alor Setar di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menyaksi penyerahan tugas antara Penolong Komisioner Penjara, Raja Mohd Amazon Raja Daud dengan Bekas Pengarah Penjara Alor Setar, Penolong Kanan Komisioner, Wan Sani Ab. Latif.

Raja Amazon merupakan bekas Timbalan Pengarah di Pejabat Pengarah Penjara Kelantan menggantikan Wan Sani yang dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Penjara Marang, Terengganu berkuatkuasa hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tags: banduanlatihan kemahiran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Banduan Seludup Dadah Ke Penjara Marang, Peguam Ditahan Bantu Siasatan

Banduan Seludup Dadah Ke Penjara Marang, Peguam Ditahan Bantu Siasatan

01/01/2026
0

KUALA TERENGGANU: Seorang peguam ditahan selepas disyaki bersubahat dengan banduan untuk menyeludup masuk dadah ke Penjara Marang, dekat sini. Ketua...

Banduan Warga Iran Ditahan Miliki Dadah Dalam Penjara Tapah

Banduan Warga Iran Ditahan Miliki Dadah Dalam Penjara Tapah

15/08/2024
0

Ipoh : Seorang banduan warga Iran yang sedang menjalani hukuman di Penjara Tapah didapati memiliki dadah jenis heroin, tengah hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd