• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Bobo Dimana’ Teruk Dikecam, Terima Tawaran Nyanyi Lagu Nasyid

oleh Ahmad Albab
12/09/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DIKECAM teruk kerana lagu Bobo Dimana, usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri memaklumkan dia menerima beberapa tawaran menyanyikan lagu berbentuk kerohanian.

Aliff, 30, berkata ramai pengguna laman sosial memintanya bersetuju dan mengambil peluang tersebut.

“Sejujurnya, saya ada menerima tawaran menyanyikan lagu nasyid daripada beberapa orang komposer, tetapi masa itu hanya borak-borak kosong sahaja.

“Saya mungkin akan mempertimbangkan untuk menerima tawaran tersebut kerana semua lagu yang saya nyanyi asyik kena kecam sahaja.

“Saya harap anda semua tak kecam-kecam lagi, doakan yang terbaik untuk saya sebab manusia ini boleh berubah-ubah,” katanya kepada mStar Online.

Sebelum ini, Aliff Syukri menerima kritikan hebat netizen kerana lagu Bobo Dimana yang dianggap tidak sopan dan memaparkan unsur lucah.

Perbincangan Aliff dan isteri bersama Hafiz Hamidun memberi gambaran mereka bakal bekerjasama dalam lagu nasyid.

Lagu tersebut merupakan nyanyian penyanyi dangdut kontroversi Indonesia, Lucinta Luna yang berkolaborasi dengan Aliff Syukri dan seorang lagi usahawan kosmetik, Nur Sajat Kamaruzzaman.

Sehingga kini, video muzik tersebut menjadi trending nombor satu di laman Youtube dan menerima hampir empat juta tontonan.

Sementara itu, menerusi Instagram isteri Aliff iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid ada memuat naik rakaman menunjukkan Aliff mengadakan pertemuan dengan penyanyi dan komposer, Hafiz Hamidun.

“Kita suruh Aliff nyanyi sebab Hafiz Hamidun dah buat lagu, tinggal nak nyanyi sahaja. Insya-Allah kita akan pastikan dia nyanyi lagu nasyid.

“Dia memang tahu suara dia tak berapa nak sedap tapi sebab suka nak jadi artis, kita usahakanlah dia jadi artis nasyid. Siapa sokong?,” tanya Shahida. – mStar Online

Tags: Datuk Aliff Syukrimenyanyi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Budak Lahir Tanpa Mata Atasi Panik Dengan Menyanyi

03/03/2019
0

SEORANG budak perempuan yang dilahirkan tanpa mata terpaksa bergantung dengan muzik untuk mengatasi perasaan cemas. Video Evie Hurst, 8, yang...

“Dah Memang Suara Tak Sedap, Buat Apa Menipu?”

22/11/2018
0

PETALING JAYA - Pelakon, Saharul Ridzwan menegaskan, dia tidak akan sesekali menggunakan teknologi ‘autotune’ untuk memantapkan suaranya kerana enggan menipu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd