• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas TKM Pulau Pinang Meninggal Dunia

oleh Cj Mnh
20/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Seri Abdul Rashid Abdullah meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru selepas tiga hari menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ), di sini, hari ini.

Allahyarham yang berusia 70 tahun meninggalkan isteri, Datin Seri Rabaayah Md Naim dan tiga orang anak.

Ketua Pemuda UMNO Nibong Tebal, Mohd Noorhiesham Ismail, berkata jenazah akan dibawa pulang ke rumah keluarga Abdul Rashid di Taman Tambun Indah sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Bakap selepas solat Asar.

Mengulas lanjut mengenai pengenalan bersama arwah, Mohd Noorhiesham yang pernah bertugas sebagai Pembantu Khas kepada Allahyarham pada tahun 2005 hingga 2008 begitu kagum dengan sifat dimiliki Abdul Rashid.

Beliau berkata, sikap arwah yang tegas, berdisiplin dan tidak suka bertangguh ketika melakukan setiap pekerjaan menjadi perangsang kepada kerjaya dirinya suatu ketika dahulu hingga mengenali bidang politik.

“Saya ingat lagi sepanjang bekerja dengan beliau begitu banyak ilmu diperoleh dan beliaulah pemimpin terawal yang mengajar saya ketika mula-mula menyertai politik serta menjawat Ketua Pemuda UMNO hingga ke hari ini.

“Bagi saya, kehilangannya begitu perit kerana saya menganggapnya bukan hanya sebagai majikan tetapi seorang ayah yang banyak membantu dan berjasa kepada masyarakat,” katanya ketika dihubungi NSTP, di sini, hari ini.

Mohd Noorhiesham berkata, sebaik mengetahui arwah dimasukkan ke hospital dia terus bergegas untuk menziarahi bekas majikannya itu namun dikejutkan dengan berita kematiannya.

“Saya dimaklumkan arwah jatuh pengsan di rumahnya dan terus dimasukkan ke hospital untuk rawatan sebelum beliau disahkan meninggal dunia sebentar tadi,” katanya.

Antara jawatan yang pernah disandang Abdul Rashid dalam kerajaan pada sekitar tahun 1970-an ialah Penolong Setiausaha, Kementerian Penerangan Malaysia, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar serta Timbalan Ketua Pengarah Unit Penyelidikan Sosioekonomi Jabatan Perdana Menteri dari 1988 dan 1989.

Beliau kemudian membuat keputusan menceburi politik sepenuh masa pada 1993 dan menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap selepas menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) pada tahun 2004. – BH Online

Tags: Bekas Ketua Menterimeninggal dunia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Kematian Dicemburi, Warga Emas Meninggal Dunia Ketika Dalam Sujud Di Surau

Kematian Dicemburi, Warga Emas Meninggal Dunia Ketika Dalam Sujud Di Surau

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub SUNGAI PETANI – Seorang lelaki warga emas meninggal dunia dalam keadaan sujud ketika menunaikan solat sunat di Surau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd