• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Speaker Indonesia Jual Harta Untuk Bayar Kembali Wang Rasuah

oleh Cj Mnh
14/09/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Bekas speaker Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia, Setya Novanto dilaporkan terpaksa menjual asetnya bagi tujuan membayar balik wang yang dilesapkannya dalam kes rasuah projek e-KTP (Kad Tanda Penduduk elektronik).

Menurut media Indonesia, Setya yang sedang menjalani hukuman penjara 15 tahun atas kesalahan jenayah itu, terpaksa berbuat demikian untuk membayar kembali wang berkenaan kepada Komisi Pembanterasan Rasuah (KPK) Indonesia. Jurucakap KPK, Febri berkata setakat ini, Setya yang membuat bayaran secara ansuran telah membayar sejumlah Rp5 bilion dan US$100,000

“Bayaran terakhir yang dilakukan semalam iaitu berjumlah Rp1.1 bilion, jumlah yang dibayar setakat ini dalam rupiah ialah Rp5 bilion dan dalam dolar US (Amerika Syarikat) berjumlah US$100,000,” katanya. Menurut laporan media Indonesia, Setya telah menjual rumah dan tanahnya di Jakarta dan Bogor bagi tujuan pembayaran balik itu.

Menurut peguamnya, Firman Wijay, Setya juga bakal menjual beberapa lagi asetnya yang lain. Setya ketika ini sedang menjalani hukuman penjara 15 tahun di Penjara Sukamiskin, Bandung. Pada April lepas, mahkamah Indonesia menjatuhkan hukuman 15 tahun penjara dan denda Rp500 juta selepas dia didapati bersalah dalam kes rasuah dan penyelewengan projek e-KTP yang dipercayai membabitkan kerugianRp2.3 trilion kepada negara. Setya juga dihukum supaya mengembalikan wang berjumlah US$7.3 juta kepada pemerintah menerusi KPK.

Kes rasuah dan penyelewengan projek e-KTP itu turut melibatkan beberapa pegawai pemerintah termasuk empat anggota DPR Indonesia dengan beberapa kes berkaitan projek e-KTP tersebut masih dibicarakan di mahkamah. – BERNAMA

Tags: Bekas SpeakerJual Harta
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd