• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Pengerusi Persatuan Komuniti Kepolisian Didakwa Menipu

oleh Cj Mnh
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Bekas Pengerusi Persatuan Komuniti Kepolisian Johor dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas tuduhan menipu dengan menawarkan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) selepas menerima komisyen RM25,000, Julai lalu.

Tertuduh, Yap Keng Tak, 59, mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret, Siti Hajar Ali.

Dia dituduh memperdayakan mangsa, Liew Yiin Yng, 33, apabila berjanji akan mendapatkan RMMJ sehingga wanita itu menyerahkan wang sebanyak RM25,000 sebagai komisen, namun gagal berbuat demikian.

Keng Tak didakwa melakukan perbuatan tersebut kira-kira pukul 1.30 petang di sebuah bank di Taman Nusa Bestari, Jalan Bestari 2/2, Taman Nusa Bestari, 3 Julai lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang juga calon Bebas yang bertanding di Parlimen Pulai pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dalam rayuannya meminta mahkamah supaya meringankan hukumannya memandang dia sudah berusia dan mempunyai tanggungan.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan terhadap tertuduh mulai hari ini dan denda sebanyak RM2,500 serta sekiranya gagal membayar denda akan dipenjara selama sebulan. – UTUSAN ONLINE

Tags: Didakwa
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rais Yatim Didakwa Bawah Akta Hasutan Berkait Krisis Adat Negeri Sembilan

Rais Yatim Didakwa Bawah Akta Hasutan Berkait Krisis Adat Negeri Sembilan

25/09/2026
0

MELAKA - Pengerusi Parti Wawasan Negara (Wawasan), Tan Sri Dr Rais Yatim, 84, hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer...

Dalam Tempoh 2 Minggu Tokoh-Tokoh BN Telah Direman, Ditahan, Didakwa – Rafizi

Dalam Tempoh 2 Minggu Tokoh-Tokoh BN Telah Direman, Ditahan, Didakwa – Rafizi

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengasas Parti BERSAMA, Datuk Seri Rafizi Ramli mengalu-alukan usaha berterusan pihak berwajib mendakwa mana-mana ahli politik atau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd