• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Peguam Didakwa Pecah Amanah

oleh Ahmad Albab
06/09/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang bekas peguam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan pecah amanah terhadap wang pertaruhan RM40,000 milik pelanggannya berhubung urusan bayaran hutang seorang ejen hartanah.

P. Santhanam, 58, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin.

Tertuduh didakwa sebagai peguambela dan penguamcara firma yang diamanahkan dengan penguasaan wang akaun pelanggan firma RHB telah melakukan pecah amanah terhadap wang pertaruhan RM40,000 yang dibayar ejen hartanah, Lee Wai Chuang, 57, bagi urusan bayaran balik hutang mendiang suami Lee itu kepada Lim Sok Poh, 68.

Santhanam yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan sama dituduh melakukan kesalahan itu di firma tetuan P.Santhanam & Co di Unit B-2-13A, Block B, Upper Ground Level, Viva Mall, No 378, Jalan Ipoh, Sentul di sini antara 16 Julai 2015 dan 4 Jan 2016.

Dia didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Norashikin Ibrahim tidak menawarkan jaminan kepada tertuduh manakala Santhanam memohon untuk melantik peguam dan mahkamah menetapkan 2 Okt untuk lantikan peguam dan serahan dokumen. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: Bekas Peguam Bebaspecah amanah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

P Ramasamy Didakwa Pecah Amanah Hampir RM860,000

P Ramasamy Didakwa Pecah Amanah Hampir RM860,000

14/05/2025
0

Butterworth: Bekas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini,...

Bekas Pengurus Besar Koperasi Polis Didakwa Pecah Amanah

Bekas Pengurus Besar Koperasi Polis Didakwa Pecah Amanah

05/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang bekas pengurus besar anak syarikat Koperasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengaku tidak bersalah di dua mahkamah berasingan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd