Friday, May 3, 2024

Creating liberating content

Jangan Bersenam Seminggu Selepas...

PETALING JAYA - Orang ramai yang telah mengambil suntikan pertama dan kedua vaksin...

Lelaki Islam Buktikan Islamphobia...

MILAN - Seorang penuntut Muslim, Hamdy Mahisen menunjukkan bahawa Islamophobia terus wujud di...

Biar Ini Ramadan Yang...

BERDEPAN dengan kegelisahan wabak yang sedang melanda seluruh dunia ketika ini, beruntung bagi...

Kerajaan Belum Buat Keputusan...

MARAN - Kerajaan belum membuat sebarang keputusan berhubung kenaikan gaji pembantu rumah Indonesia...

Bekas MB Selangor Meninggal Dunia

SHAH ALAM – Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Dr Abu Hassan Omar meninggal dunia hari ini di sebuah hospital swasta di sini akibat serangan jantung.

Perkara itu disahkan oleh Pegawai Khasnya Datuk Mohamad Isa Ishak ketika dihubungi oleh Bernama sebentar tadi.

“Ye, Tan Sri sudah meninggal dunia akibat serangan jantung pada pukul 8.05 malam tadi, jenazah masih lagi di hospital dan akan dibawa ke rumahnya di Kota Kemuning sebentar lagi,” katanya.

Katanya beliau diberitahu, Abu Hassan pada petang tadi mengadu sesak nafas dan sakit dibahagian dada dan kemudian telah dibawa ke sebuah hospital swasta di sini oleh menantunya untuk menerima rawatan.

“Tetapi pada pukul 8.05 malam tadi doktor yang merawatnya telah memberitahu beliau telah meninggal dunia,” katanya.

Abu Hassan merupakan Menteri Besar Selangor yang ke-12 dan memimpin negeri ini pada tahun 1997 sehingga 2000 dan juga merupakan Yang Dipertua Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia Selangor.


Beliau meninggalkan seorang isteri dan empat orang anak.

Anak ketiganya Mohd Hasri meninggal dunia pada 2014 akibat serangan jantung di rumahnya.- BERNAMA

Kategori