• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekal Susu Segar Keningau Ke Sekolah – Salahuddin

oleh Ahmad Albab
18/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KENINGAU – Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub berkata, beliau akan berbincang dengan Kementerian Pendidikan mengenai cadangan menjadikan susu segar bermutu tinggi ‘Eco – Yap Fresh Milk’, yang dikeluarkan di ladang Keningau, di sini untuk dibekalkan ke sekolah-sekolah di negara ini.

Katanya, perbincangan dengan kementerian berkenaan perlu sebelum cadangan itu dibawa ke kabinet memandangkan ia melibatkan peruntukan besar.

Cadangan membekalkan susu segar ke sekolah-sekolah itu boleh dijadikan dasar yang bertujuan meningkatkan kecergasan pelajar dan seumpamanya, katanya kepada Bernama selepas melawat Ladang Tenusu Yun Fook Resources Sdn Bhd di sini.

Produk tenusu yang dihasilkan di ladang itu turut pujian Konsul Jeneral China di Sabah Liang Caide baru-baru yang menyifatkannya sebagai sangat berkualiti dan diterima di pasaran global seperti di China.

Ladang tenusu Yun Fook Resources Sendirian Berhad bermula hanya dengan dua ekor lembu pada 1982, tetapi kini memiliki kira-kira 5,000 ekor dan mampu mengeluarkan empat juta liter susu sebulan, sekali gus meletakkan syarikat itu diiktiraf sebagai antara peneraju lembu tenusu di peringkat Asia dan global.

Salahuddin berkata, pemilik syarikat itu Prof Adjung Datuk Yap Yun Fook bukan sahaja sangat berjaya dalam bidang perladangan, tetapi juga sumbangan sosialnya sangat besar kepada masyarakat setempat khususnya dalam bidang pendidikan.

Salahuddin turut berkata, beliau tidak ada halangan untuk mencadangkan kepada kerajaan bagi menempatkan Datuk Yap Yun Fook sebagai penasihat pertanian di mana-mana institusi yang diperlukan di negara ini.

“Hari ini saya jumpa beliau (Datuk Yap) yang saya lihat lebih daripada 13 sektor yang dia masuk, semua berjaya…semua aktiviti yang beliau telah lakukan begitu berjaya, dan semua ini tidak menghalang untuk kita mendapatkan nasihat daripada beliau,” katanya.

Selain ladang tenusu dan pedaging, syarikat itu turut terlibat dan berjaya dalam perladangan berpuluh haktar durian Musang King, nenas madu, sarang burung walet, sawah padi, kelapa sawit serta buah-buahan bermutu tinggi.

Syarikat itu juga yang pertama seumpamanya di negara ini membangunkan 40 petak kolam yang menempatkan berjuta ikan air tawar secara bersistem di Kampung Agudon, Keningau Sabah. – BERNAMA.

Tags: Salahuddin Ayubsusu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Muhyiddin Masih Berdepan Empat Kes Rasuah RM232.5 Juta

Ibu Mengaku Beri Bayi Air Susu Bercampur Dadah, Bapa Pula Nafi

28/02/2024
0

Petaling Jaya: Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan melakukan penganiayaan terhadap anak lelaki...

‘Semua Ahli Parlimen Kerajaan Komited Sertai Persidangan Dewan Rakyat – Ahmad Zahid

Keadaan Bayi Minum Susu Dibancuh Air Syabu Makin Sihat

26/02/2024
0

KUALA LUMPUR: Bayi lelaki berusia empat bulan yang diberi minum susu dibancuh syabu oleh ibunya sudah dibenarkan keluar hospital, Khamis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd