• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bayi 5 Bulan Hidap 6 Penyakit Perlu Bantuan

oleh
28/09/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Seorang bayi lelaki berusia lima bulan yang menghidap pelbagai masalah kesihatan memerlukan bantuan orang ramai bagi menampung pembiayaan kos rawatan hariannya yang berjumlah RM600 sebulan.

Ibu kepada bayi berkenaan R. Kogilavani, 31, berkata anak bongsu dari dua beradik itu menghidap penyakit ‘down syndrome’, jantung berlubang, tiroid, hernia, gangguan usus serta masalah pendengaran telinga kanan sejak lahir yang memerlukan rawatan berkala di hospital.

Lebih menyedihkan, kata Kogilavani, suaminya G. Kovalan, 32, merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) penglihatan sejak dua tahun lalu (akibat kemalangan motosikal) hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan di flat kawasan Paya Terubong dengan bayaran sebanyak RM40 sehari yang disifatkannya sebagai kais pagi, makan pagi.

“Oleh kerana kami hanya mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang, kos perbelanjaan yang diperlukan adalah kos ulang alik ke hospital serta perbelanjaan susu dan pampers yang menelan belanja sebanyak RM600 sebulan tidak termasuk perbelanjaan lain,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di kediaman mereka di Ayer Itam, di sini.

Katanya, setakat ini Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menghulurkan bantuan sebanyak RM500 sebulan namun masih tidak mencukupi kerana terpaksa menampung perbelanjaan keperluan lain termasuk sewa rumah, bil-bil lain serta keperluan anak sulung mereka yang juga masih menyusu.

Katanya lagi, jika bayinya itu tidak diberikan rawatan berkenaan, anaknya akan mengalami gangguan otak dan akan cacat kekal seumur hidup.

“Oleh itu, saya merayu kepada semua anggota masyarakat atau mana-mana pihak yang sudi membantu meringankan beban kami….sedikit sebanyak dapatlah kami tumpukan kepada hal persekolahan anak sulung yang kini masih belum bersekolah (tadika) ekoran kekangan kewangan yang dihadapi,” katanya dan menambah bahawa suaminya turut mengambil inisiatif untuk mengajar sendiri anak sulungnya itu di rumah supaya tidak ketinggalan dalam pelajaran.

Sementara itu sepasang suami isteri yang menghidap penyakit diabetes turut merayu orang ramai untuk menghulurkan bantuan bagi meringankan beban yang terpaksa ditanggung pasangan itu terutamanya bagi mengampung perbelanjaan persekolahan anak lelakinya.

A. Munusamy, 53, berkata sejak dirinya disahkan menghidap penyakit tersebut tahun lalu telah mengibaratkan hidupnya di ambang kegelapan terutamnya bila tempat kerjanya sebagai penghantar surat dituup dan beliau terpaksa mencari kerja lain.

“Bagaimanapun keadaan lebih teruk lagi apabila saya didiagnos menghidapi penyakit buah pinggang dan tak mampu bekerja lagi apabila kesemua jari kaki kanan saya terpaksa dipotong.

“Tambahan pula isteri saya, R. Puspawathi, 53, juga menghidap diabetes dan beberapa penyakit lain seperti buah pinggang dan kecacatan tulang bengkok pada kaki kiri, akibat jatuh yang mengakibatkan tempurung kakinya perlu dibedah,” katanya yang mempunyai seorang anak lelaki berusia 13 tahun.

Bagaimanapun Munusamy berkata, pada masa ini ada jiran tampil membantu dengan menghulurkan duit belanja persekolahan kepada anak kami iaitu sebanyak RM10 setiap hari selain menerima sumbangan seperti barangan keperluan harian seperti makanan.

Sementara itu, Pengerusi sebuah NGO Tamailar Harapan Judy Anne, berkata setakat ini pihaknya berjaya mendapatkan bantuan kewangan sebanyak RM30,000 bagi pihak isteri Munusamy daripada Tabung Kebajikan Adventist Hospital dengan kerjasama Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kebun Bunga, Jason Ong.

“Bagi pihak Munusamy pula, kita sedang cuba mendapatkan bantuan kerana keadaannya juga memerlukan perhatian perubatan yang rapi.

“Bagi pihak keluarga Kogilavani pula kami akan berjumpa Anggota Parlimen Bukit Gelugor, Ram Karpal Singh bulan hadapan bagi membincangkan beberapa perkara yang boleh meringankan beban keluarga beliau… namun, kami berharap agar mana-mana pihak tampil untuk membantu kedua-dua keluarga ini kerana keadaan mereka amat memerlukan bantuan daripada kita sebagai anggota masyarakat yang prihatin,” katanya.

Sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Judy Anne di talian 016-4041302 untuk sebarang maklumat lanjut. – BERNAMA

Tags: bayi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Penjawat Awam Minum Air Ketum Naik Di Putrajaya

Next Post

MAB Tawar Diskaun Sehingga 30% Di Pameran MATTA

Related Posts

Nahas Di Lebuh Raya: Bayi Meninggal Selepas 2 Hari Bertarung Nyawa Di ICU

Nahas Di Lebuh Raya: Bayi Meninggal Selepas 2 Hari Bertarung Nyawa Di ICU

01/06/2025
0

MUAR: Bayi perempuan yang menjadi mangsa nahas di Kilometer 144.9 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah utara) pada Isnin lalu, menghembuskan nafas...

Jabatan Kesihatan Melaka Diarah Siasat Dakwaan Bayi Demam Panas Dibiarkan 11 Jam – Exco

Jabatan Kesihatan Melaka Diarah Siasat Dakwaan Bayi Demam Panas Dibiarkan 11 Jam – Exco

12/05/2025
0

MELAKA - Jabatan Kesihatan Negeri Melaka diarah melakukan siasatan terhadap dakwaan kes bayi perempuan berusia 22 bulan yang mengalami demam...

Next Post

MAB Tawar Diskaun Sehingga 30% Di Pameran MATTA

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd