Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

UMNO Sah Hadiri Muktamar...

PETALING JAYA - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan akan...

Penampilan Sacred Riana Bakal...

IPOH - Persembahan daripada pemenang Asia's Got Talent 2017, The Sacred Riana, bakal...

Buruh Warga Indonesia Mati...

JOHOR BAHRU - Seorang pekerja buruh kontrak warga Indonesia maut ditikam anak saudaranya,...

TERKINI!! Pesawat AirAsia X...

Sebuah pesawat AirAsia X dikesan melakukan penerbangan pusingan selama lebih 4 jam di...

Banjir Kilat Cetus Panik

GEORGETOWN – Pulau Pinang dilanda kesesakan lalu lintas luar biasa susulan banjir kilat yang berlaku di beberapa kawasan di negeri ini, pagi ini.

Beratus pekerja lambat untuk ke tempat kerja dan ada yang sejam lambat selepas sebahagian Jalan Sultan Azlan Shah menghala ke Zon Industri Bebas Bayan Lepas ditenggelami air.

Antara kawasan lain dinaiki air termasuk Lebuh Kampung Jawa/Sungai Nibong, Lebuhraya Mayang, Lebuhraya Thean Teik, Jalan Thean Teik/Jalan Angsana, Jalan P Ramlee/Jalan Sungai/Jalan Perak dan Jalan Tun Dr Awang/Jalan Bukit.

Seorang pekerja kilang, Grace Ong, 20-an, berkata, dia tersekat dalam trafik lebih sejam ketika dalam perjalanan ke kilang Dell di Bayan Lepas.

“Jalan utama dinaiki air banjir kilat dan keadaan semakin buruk sebaik sampai ke kilang.

“Saya terpaksa mengambil cuti bagi mengelakkan kenderaan saya ditenggelami air yang semakin naik ketika itu,” katanya.

Sejak pagi tadi, Majlis Bandaraya Pulau Pinang sudah mengeluarkan beberapa amaran kepada semua pengguna melalui laman Facebook rasmi mereka.

Ia bagi memberi amaran mengenai laluan yang tidak boleh dilalui oleh kenderaan namun keadaan pulih sebaik tengah hari.

Sementara itu, lebih 20 rumah di Hong Seng Estate dinaiki air sehingga paras dada, memaksa penghuninya mengosongkan rumah mereka.

Penduduk menyalahkan sistem saliran yang teruk menyebabkan kediaman mereka digenangi banjir termenung.

Seorang pekerja kontrak, T Patmanathan, 53, berkata air mula naik pada jam 4 pagi dan tidak lama kemudian ia sudah memenuhi kebanyakan rumah di kawasan itu.


“Kejiranan ini memang mudah dinaiki air. Walaupun hujan lebat lebih 30 minit, air akan mula naik.

“Kami sudah dijanjikan wakil rakyat sejak tahun lalu bahawa tindakan akan diambil namun sehingga sekarang tiada apa yang berlaku. Kami tidak dapat tidur malam setiap kali hujan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini.

Seorang lagi penduduk yang juga seorang kerani dan mahu dikenali sebagai Lim, 50-an, berkata, dia terpaksa ponteng kerja selepas rumahnya dinaiki air.

“Sejak setahun lalu, masalah banjir semakin buruk. Kami diberitahu bahawa langkah sedang diambil bagi mengatasi masalah itu namun ia hanya tinggal janji.

“Saya sudah tidak tahan dan letih menggantikan barang perabot yang rosak setiap kali banjir,” katanya.

Tinjauan NSTP tengah hari tadi mendapati kebanyakan rumah masih digenangi air sehingga ada yang mencecah tingkap ruang tamu.

Peralatan rumah juga dilihat timbul seperti peti ais dan perabot. – BH Online

Kategori